IKLAN

Sunday 8 April 2012

Hassan Ali Kata Malaysia Akan Jadi Republik Apabila Pakatan Rakyat Berkuasa

Ping site
Apabila Pakatan Rakyat berkuasa negara Malaysia akan jadi negara republik dan akan merobohkan Artikel 153 Perlembagan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan Islam, orang Melayu dan Institusi Raja. 

Itulah kata-kata Datuk Hassan Ali, Presiden Jati dalam ceramahnya di Nibong Tebal.  Hassan 'meminta tolong' supaya pengundi Pulau Pinang tidak mengundi parti-parti DAP, PKR dan Pas dalam pilihan raya akan datang.

Sebelum ini dalam satu ceramahnya di selatan tanah air Hassan pernah menyatakan azan tidak akan berkumandang lagi sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Allahu Akbar.

Begitulah pengisian ceramah Hassan yang diulang-ulang di merata tempat dikunjunginya bagi menggambarkan itulah perjuangan sebenar JATI.  Sebelum ini Hassan heboh dengan penayangan video pengakuan sepasang suami isteri berbangsa Melayu dikatakan dimurtadkan oleh mubalig kristian.  Apa yang ditayangkan oleh Hassan ialah  video yang menunjukkan pengakuan secara rakaman suara dan bukan visual. Tindakan Hassan tersebut tidak langsung menarik perhatian ramai sebab orang sudah mangli kerana  orang yang membawa isu tersebut ialah Hassan Ali.

Agama Islam, Melayu dan Institusi Raja cukup terjamin sebagaimana termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.  Tiada sesiapa  yang akan berani menyentuhnya atau mengganggu gugat  kerana memahami implikasi yang akan dihadapi  jika ia disentuh.  Tidak perlulah Hassan bersusah payah menjerit mempertahankannya. Rakyat sudah faham.

Apabila Hassan meminta mempertahankan Islam, Melayu dan Raja, Hassan mudah lupa atau buat-buat lupa.  Siapakah yang membiarkan nasib bangsa Melayu menjadi statik tidak bergerak dan berubah selama 55 tahun ini?.  Siapakah orang Melayu yang kaya dan senang selain daripada orang-orang yang terpilih bernama kroni?. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh pemimpin lalu pada tahun 1970 untuk mensasar pegangan saham Bumiputra sebanyak 30% pada tahun 1990 (30 tahun) tidak kesampaian.  Sehingga kini 2012 sudah hampir 42 tahun pegangan saham bumiputra masih lagi kecundang. Siapakah pejuang bangsa Melayu dan Bumiputra tersebut?.

Hassan ingin memperjuangankan Institusi Raja melalui JATI.  Hassan seorang pakar motivasi lupa sejarah bangsa. Lupakah sejarah hitam dan kesedihan yang teramat sangat atas perbuatan UMNO dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir menghina dan menjatuhkan reputasi Institusi Raja-Raja di Malaysia.  Sekarang apabila nasib mereka berada di hujung tanduk, mereka  menggunakan Istitusi Raja-Raja  sebagai talian hayat menyelamatkan diri dari kelemasan.

Berhubung dengan agama Islam,  perjuangan Hassan Ali hanya menyalahkan agama lain terutama Kristian menyebabkan umat islam murtad. Apakah inisiatif yang diambil oleh parti memerintah untuk agama Islam. Wang Zakat yang diamanahkan untuk disalurkan kepada asnaf zakat telah digunakan bagi tujuan lain. Untuk menyemarakkan masjid jauh sekali. Jika ada ceramah-cermah yang diadakan untuk umat islam, surau-surau tersebut akan ditutup atau dirobohkan dengan tujuan untuk menghalang kebangkitan PAS.  Sekarang penyakit ini berjangkit pula di Melaka.

Sekarang jelas sungguh arah perjuangan sebenar Hassan Ali dan siapakah yang berada  di belakang beliau?.  Hassan meminta pengundi Pulau Pinang jangan mengundi parti PKR, DAP dan PAS. Dengan erti kata lain undilah UMNO/BN.  Hassan telah meminta orang Pulau Pinang menggunakan teori ‘ganda 10’ ciptaanya iaitu berkempen kepada keluarga, rakan dan jiran supaya tidak mengundi Pakatan Rakyat.  Silap-silap  teori ‘ganda 10’ memakan diri,  mungkin apa yang dikempenkan menjadi ganda 20 undi berbalik kepada Pakatan Rakyat.

Orang Melayu dan penduduk lain Pulau Pinang telah memahami politik perkauman UMNO Pilau Pinang.  Orang islam telah nampak kejujuran Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang membantu kebajikan dan syiar islam di Pulau Pinang dengan memberi peruntukan yang sentiasa bertambah setiap tahun  dalam pembentangan belanjawan negeri, memberi kebajikan membantu  kepada orang-orang tua dan sebagainya. Ini yang tidak boleh dilupakan.

Harap Hassan jangan mudah  perasan, kehadiran  ramai orang ke ceramah beliau adalah semata-mata untuk mendengar apakah lagi  isu  yang akan diputar oleh beliau untuk memenuhkan kouta kalau-kalau tersenarai sebagai calon boleh menang  atau winnable candidate untuk UMNO/BN. Tuhan Maha mengetahui.

No comments:

Post a Comment