IKLAN

Tuesday 10 April 2012

Ibrahim Ali (Perkasa) Tuduh PAS Pecah Belah Melayu Dan Islam Di Selangor

Ping Blog
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali  meminta PAS berhenti daripada terus memecah-belahkan orang Melayu di Selangor dan menghancurkan Islam di Selangor.  Menurut beliau PAS tidak boleh menandingi kepimpinan UMNO dalam mengurus tadbir kerajaan negeri dan memelihara Islam di Selangor.

Ibrahim setelah puas  berpusing singgah pula di Selangor.  Cara bercakap  Ibrahim serupa cakap-cakap orang UMNO dan Presiden JATI,  Datuk Hassan Ali.  Orang-orang di Selangor cukup faham siapakah Ibrahim Ali dan tidak payah ditunjukkan  gambarnya orang akan kenal.  

Menuduh parti PAS memecah belahkan orang Melayu adalah tidak benar.  Orang-orang Melayu tetap bersatu demi bangsa dan Islam.  Dari segi politik adalah hak mereka untuk menentukan. Oleh kerana oang Melayu telah berubah memberi sokongan kepada parti PAS maka Ibrahim tanpa usul periksa membuat tuduhan terhadap PAS.  Tuduhan Ibrahim bahawa PAS menghancurkan Islam amat merbahaya.  Kalau benar ini berlaku ramai sudah pemimpin PAS diambil tindakan oleh MAIS atau JAIS.

Lihatlah rekod  Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Dato Khalid Ibrahim yang dapat meyelamatkan wang rakyat hampir berbilion ringgit.  Ini tidak sama dengan Barisan Nasional memerintah Selangor dahulu.  Kerajaan Pakatan di Selangor adalah kerajaan berhemah dan bersopan dan tidak akan  sewenang-wenang untuk menghadiahkan penyapu kepada kakitangan awamnya seperti dilakukan oleh Khir Toyo.

Tidak payahlah Ibrahim cuba  menasihatkan kaum Melayu Selangor kembali bersatu.  Mereka tidak berpecah. Lebih baik gunkan tenaga yang ada supaya menasihatkan orang Melayu Selangor berwaspada terhadap UMNO.

Ibrahim menyatakan PAS tidak boleh menandingi UMNO mentadbir Selangor.  Penulis bersetuju dengan Ibrahim, ini kerana UMNO pandai daripada PAS menghabiskan khazanah kerajaan dan juga mengamalkan perbuatan rasuah.  Lihat apa yang terjadi kepada Khir Toyo.  

Pemimpin UMNO memang padai dan licik.  Ibrahim pun tahu sebab beliau adalah daripada kelompok yang sama.  Perjuangan Ibrahim sebenarnya untuk beliau sendiri bagi mendapat peluang sekali lagi menggunakan talian hayat untuk beliau menjadi calon dalam PRU 13 yang akan datang.

Beliau sedar Selangor berbeza dengan negeri-negeri  seperti Kelantan dan Kedah.  Di Kelantan suara Ibrahim langsung tidak mahu didengar oleh mereka kerana dosa-dosa Ibrahim terhadap orang-orang Pasir Mas dan juga kepada Tuan Guru Nik Aziz.  Orang Kelantan dan hampir semua mengetahui  Nik Aziz pernah digigit  oleh saekor anjing tersepit   yang ditolongya.  Anjing ini juga yang meminta Nik Aziz mengundurkan diri dari memimpin kerajaan Kelantan.

Berubahlah.  Jauhkan diri kita dari fitnah.  Fitnah umpama memakan daging saudara-saudara kita.  Buatlah kebaikan. Tuhan suka kepada orang yang membuat kebaikan.

No comments:

Post a Comment