IKLAN

Monday 9 April 2012

PTPTN Akan Dimansuh Janji Pakatan Rakyat

Ping site
Penulis ingin menambah berhubung dengan isu yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat, sekiranya berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan Putrajaya, pakatan  akan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).  Memang benar apa yang dilaporkan dalam beberapa blog pro-pakatan bahawa isu ini  menjadi hangat dan bikin tidak senang duduk pemimpin Barisan Nasional (BN) terutama Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Mohyidin Yassin.

Semasa perhimpunan pelancaran Jelajah Tepati Janji di Batu Pahat, Nampak sangat Najib keliru dan gabra apabila mengulas isu pembangkang akan memansuhkan PTPTN.  Beliau menyatakan untuk memansuhkan PTPTN kerajaan terpaksa berbelanja sebanyak RM43 bilion yang akan menyebabkan pembayar cukai menanggungnya.  Najib akui memang ada negara yang memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya iaitu Norway. Tetapi cukai di Norway sangat tinggi.

Sebenarnya Najib bercakap tanpa fakta.  Bagaimana seorang Perdana Menteri dan merangkap Menteri Kewangan tidak mengetahui bahawa jumlah pinjaman sebenar ialah RM23 bilion dan bukan RM43 bilion .  Adakah beliau berbohong untuk menunjukkan jumlah pinjaman tersebut besar atau saja-saja nak cakap.

UMNO/BN sekarang seperti cacing kepanasan untuk menangani isu yang dikemukakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.  Itulah janji Pakatan Rakyat. Selain daripada menurunkan harga minyak dan harga barangan keperluan. Pihak-pihak menteri pengampu juga bersuara menyokong kenyataan Najib tersebut.

Kerajaan BN sedar bahawa isu ini seperti boomberang yang akan melibas BN tanpa henti. Perkara ini adalah melibatkan masa depan peminjam PTPN yang terdiri daripada kalangan pelajar yang apabila tamat belajar belum tentu memperolehi pekerjaan terpaksa menghadapi bebanan hutang.  Silap gaya tidak dapat ke luar negara kerana sudah disenarai hitam terhadap mereka.  PTPTN amat berkuasa daripada lain-lain  institusi kewangan. PTPTN boleh mengambil tindakan ‘blacklist’ kepada peminjam tanpa halangan atau masalah.

Oleh itu sekiranya para pelajar mahu bebas daripada kesan beban hutang PTPTN yang mereka hadapi,  eloklah memikirkan untuk berubah dengan menolak BN dan memilih Pakatan Rakyat agar dapat memansuhkan pinjaman PTPTN demi kebajikan rakyat keseluruhannya.  Bersedialah berubah.

No comments:

Post a Comment