Kita akan mempertahankan raja. Itulah isu-isu yang dimainkan oleh Perkasa,
Jati dan NGO-NGO sewaktu dengannya.
Sekiranya UMNO tiada siapakah yang akan mempertahankan institusi
raja?. UMNO dan puak-puak ini telah lama
meracuni pemikiran makcik-pakcik yang tinggal di luar bandar. Menakut-nakutkan
mereka sekiranya UMNO tiada nasib Melayu, Islam dan Raja tidak akan terjamin. AllahuAkbar.
Makcik-Pakcik harus ingat UMNO sekarang dalam
keadaan terdesak, sekarang mereka tanpa malu-malu telah menggunakan semula
Institusi Raja-raja Melayu untuk mendapat sokongan orang Melayu. Misalnya jika ada orang cuma berkata ‘lihat
tengkolok Tuanku senget', maka puak-puak
ini akan melebelkan orang yang berkata tersebut sebagai memperlekeh dan
mempersenda raja-raja.
Ibrahim Ali mengumumkan pada 29 April jam 09.30 pagi di Kelab Sultan
Sulaiman, Kampong Bharu Perkasa akan menganjurkan Perhimpunan Raja
Berdaulat Kasih Dijunjung yang dijangka disertai ribuan orang ramai untuk
memberi mesej kepada pihak yang gemar menentang raja-raja Melayu.
Ingin juga dicadangkan, bukankah lebih baik kalau perhimpunan Raja Berdaulat Kasih Dijunjung dijemput sama pemimpin UMNO merapak sembah mohon keampunan pada raja-raja Melayu diatas penderhakaan UMNO dahulu yang diketuai oleh Tun Mahathir.
Ingin juga dicadangkan, bukankah lebih baik kalau perhimpunan Raja Berdaulat Kasih Dijunjung dijemput sama pemimpin UMNO merapak sembah mohon keampunan pada raja-raja Melayu diatas penderhakaan UMNO dahulu yang diketuai oleh Tun Mahathir.
Rakyat Malaysia tidak akan faham apakah sebenar yang diperjuangkan oleh
Ibrahim Ali dan Perkasa. Kalau ada isu-isu yang
berkait dengan UMNO BN, maka beliau akan mencari peluang mencanang isu
tersebut. Rakyat sedang memperjuangkan pilihan raya bersih dan adil mereka ajak pula orang islam jangan menyertainya.
Sabarlah, ada mata pandang, ada telinga dengar.
Sabarlah, ada mata pandang, ada telinga dengar.
No comments:
Post a Comment