IKLAN

Monday 2 April 2012

Pakatan Rakyat Hapus Pinjaman PTPTN

BlogPingTool.com
Rata-rata ramai yang menyambut baik cadangan parti  Pakatan Rakyat bahawa mereka akan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya Pakatan dapat mengambil alih Putrajaya.  

Mereka sedar dan faham sekiranya tiada  bantuan kewangan daripada kerajaan, ini akan menyukarkan anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Kewujudan PTPTN sebenarnya adalah baik dan dialu-alukan iaitu sebagai tempat pelajar-ppelajar  mendapatkan sumber kewangan, tetapi bukanlah tempat  pinjaman  wang kepada pelajar-pelajar bagi meneruskan pelajaran.

Setelah beberapa lama terbentuknya PTPTN, banyak masalah yang timbul.  Pada asalnya peminjam akan dikenakan 3% per tahun (baki pinjaman akan dikenakan lagi 3%) selepas tamat pengajian atau  telah  bekerja. Apabila berlaku pelajar yang tidak membayar pinjaman akan disenarai hitam serta tidak boleh keluar negeri.

Selepas beberapa rungutan berhubung dengan bayaran 3% yang dikenakan setiap tahun, maka pada Jun 2008 telah diperkenalkan Sistem UJRA atau UPAH yang semua pembiayaan pendidikan di bawah PTPTN akan dikenakan caj kadar tetap (rata) 1% dikenakan sekali sahaja.


Disamping itu keistimewaan diberi kepada pelajar yang mendapat Ijazah Kelas Pertama, Pinjaman PTPTN tersebut akan ditukar daripada pinjaman kepada biasiswa. Tiada keistimewaan diberi kepada peringkat diploma.

Dari senario yang dibentangkan di atas sekurang-kurangnya dapat kita memahami apakah dia PTPTN. Ia adalah sebuah perbadanan bagi memberi pinjaman pelajaran kepada pelajar Malaysia tanpa mengira bangsa dan status. Ini bermaksud anak menteri pun boleh diberi pinjaman sama seperti petani, nelayan, pekerja kilang dan sebagainya.

Apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat untuk menghapuskan pinjaman PTPTN sebenarnya bukannya sebagai propaganda atau kempen menjelang pilihan raya. Tindakan ini diambil kerana pelajar yang meminjam PTPTN telah menjerat diri mereka pada awal-awal lagi dengan menandatangai surat hutang yang akan ditanggung sepanjang hidup.   Mereka dikehendaki membayar pinjaman PTPTN selepas 6 bulan mereka menamatkan pengajian.  Maksudnya dapat kerja atau tidak, pinjaman perlu dibayar.  Inilah yang membebankan mereka.

Apa yang diwarwarkan oleh Pakatan Rakyat harus diberi kepercayaan. Dengan penghapusan PTPTN kelak, Malaysia akan menyediakan pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke Universiti sebagaimana negara-negara Eropah seperti  Sweden, Finland, Germany, Italy, France, Spain, Belgium, Denmark dan Turki. Baru-baru ini negara Sri Lanka and Mauritius turut sama mengikut jejak negara Eropah memberi  pendidikan percuma kepada rakyatnya.

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin yang mengulas hasrat murni Pakatan Rakyat menyatakan negara akan bangkrap dan institusi pelajaran swasta akan ditutup. Khaled sebenarnya buta matematik.  Sekarang ini pun negara hampir bangkrap. Banyak duit dibazirkan kepada jalan rasuah, kroni dan salahgunakuasa oleh kerajaan BN yang tidak cukup ruang jika  hendak disenarai panjang.

Di mana-mana pentas ceramah,  Dato’ Seri Anwar berikrar dan berjanji akan menghapuskan PTPTN,  sudah tentu BN merasa bimbang kerana sokongan rakyat marhaen megenai isu ini cukup tersentuh dihati mereka.  Apakah cara BN untuk membalas ledakan yang telah dibuat oleh Anwar tersebut. Tunggu!.

No comments:

Post a Comment