IKLAN

Friday 6 April 2012

Datuk Ahmad Maslan Minta Pilih BN Di Kelantan


Free blog ping
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan meminta rakyat Kelantan supaya memilih parti Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya yang akan datang untuk memerintah Kelantan.  Katanya selama 22 tahun parti PAS memerintah tiada sebarang perubahan dilakukan. 

Siapa Ahmad Maslan untuk meminta rakyat Kelantan meninggalkan PAS dan memilih BN untuk menerajui kerajaan Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang ini?.

Ahmad Maslan  tidak dapat  memahami jiwa rakyat Kelantan.  Selama 22 tahun rakyat Kelantan amat selesa dengan cara Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat menerajui kerajaan Kelantan.   Gaya hidup Tuan Guru yang sederhana yang tidak menggunakan hak kerajaan sebagai milik peribadinya dan tidak terlibat sebarang salahguna kuasa dan rasuah amat disenangi dan dihormati oleh rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Ini amat berbeza dengan pemimpin-pemimpin BN dan juga bos Ahmad Maslan sendiri iaitu Najib yang tidak segan silu menggunakan wang negara untuk kepentingan diri dan keluarga. Ini sungguh memalukan bagai langit dengan bumi jika dibandingan dengan Tuan Guru Nik Aziz. (Tuan Guru menikmati nasi bungkus)

Rakyat Kelantan adalah orang-orang yang bijak dan amat mahir berpolitik.  Bawalah wang berguni dan curahkan di Kelantan atas nama BR1M, namun hati mereka tidak akan berganjak untuk meninggalkan PAS.  Demo  beghi hambo ambik. 

Ahmad Maslan membawa cerita bohong dengan melebelkan negeri Kelantan tiada perubahan pembangunan. Sama saja dengan bosnya Dato' Seri Najib yang mengatakan  Kelantan adalah negeri termiskin. Dasar kerajaan Kelantan membangunkan Kelantan secara serampang dua mata iaitu pembangunan rohani  dan juga jasmani (infrastuktur) amat dipuji. Ini yang tidak diketahui oleh Ahmad Maslan.   Ahmad Maslan kena melawat negeri-negeri lain di Malaysia terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai Kelantan yang dikatakan tiada perubahan.  

Cuba baca  Laporan Ketua Audit Negara 2011, apa yang diulas oleh Ketua Audit Negara berhubung dengan urus tadbir kewangan oleh kerajaan Kelantan dan juga negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat.  Kelantan  telah berjaya dalam mengambil inisiatif melunaskan hutangnya dengan kerajaan Persekutuan. Orak ngerti.

Jangan cuba  menafikan pembangunan yang telah dibuat oleh kerajaan  PAS Kelantan.  Sebagaimana coretan penulis yang lepas, sekiranya kerajaan BN tidak menahan secara kejam wang royalty minyak 5 peratus yang sepatutnya diperolehi oleh kerajaan Kelantan, kemungkinan Kelantan akan menjadi ibu negara kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur.

Kenyataan dan nasihat Ahmad Maslan adalah umpama angin lalu atau umpama menjirus air ke daun keladi yang tidak memberi bekas di hati rakyat Kelantan untuk mengalih pandangan mereka ke arah Barisan Nasional.  Memandang lambang BN umpama memandang kebencian kepada Ahmad Maslan.

No comments:

Post a Comment