IKLAN

Friday 27 April 2012

Pengerusi dan Timb Pengerusi SPR Ahli UMNO

Ping site
Apa Khalid Samad (AJK PAS) dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail nak bising-bising mengatakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar akan buat apa saja  demi UMNO kerana mereka adalah ahli Umno. Menurut laporan Abdul Aziz adalah ahli UMNO Sri Ampang (Bahagian Ampang) sementara Wan Ahmad ahli UMNO Kubang Bungor (Bahagian Pasir Mas).


Sebab itulah semua tindakan dan cara  mereka berdua lakukan jelas sangat menyebelahi dan untuk memberi kemenangan kepada UMNO BN. Saifuddin dan  Khalid kena faham bukan senang untuk mendapat jawatan yang begitu tinggi.  Sebelum bersetuju dilantik semestinya telah ada aku janji apa yang perlu dilakukan dan sebaliknya.  Cuba perhatikan apabila pembangkang mengemukakan  sesuatu perkara demi kabaikan, SPR berdaleh serta memberi seribu alasan. Kadang-kadang melihat kedua-dua muka mereka keluar di TV bagai nak terpancut air ludah ke muka TV. 

Kalau saya diberi jawatan tinggi sebegitu saya juga akan lupa daratan dan akan melakukan apa saja untuk menunjukkan bukti  bahawa perkara yang dikehendaki oleh UMNO BN boleh dilakukan demi kemenangan BN.  Bila amanah ini dilakukan seperti di arah, maka jawatan yang dipegang boleh disambung kembali kontreknya.  Kalau tak sambung terpaksalah hidup makan pencen yang ada.

Khalid kena faham, kalau Khalid sendiri sebagai AJK PAS dilantik jawatan yang sama di pegang oleh  Abdul Aziz atau Wan Ahmad sudah tentu Khalid akan cari jalan untuk membuat sesuatu yang boleh memenangkan Pas. Itu bagi orang-orang yang munafik saja, tidak mungkin orang-orang seperti Khalid.  Hanya orang-orang yang tidak takutkan Allah saja akan merasakan perbuatan mereka mulia.

Ada mata pandang, ada telinga dengar.

No comments:

Post a Comment