IKLAN

Saturday 21 April 2012

MENTERI UMNO DAN ARTIS, BALA UNTUK UMNO BN


Blog Pinger Free
Media UMNO seperti dipukau tak mampu untuk berpijak di bumi nyata apabila berita seorang menteri UMNO terlibat dengan seorang artis tanahair dimana artis tersebut dikatakan mnenerima wang daripada menteri terlibat berjumlah RM1.5 juta dalam tempoh empat bulan Oktober 2011 hingga Januari 2012.

Menteri berkenaan senyap dan sunyi tidak berkata apa-apa menikus selain artis itu sendiri melayani para tweeter menafikan serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada yang mengeluarkan komen mereka.

Budak-budak blogger upahan UMNO bertungkus-lumus berpencak, bertaici, putar da putar dengan mengambil jalan mudah dengan tujuan menolak berita tersebut dengan mengatakan artis tersebut telah dikahwini oleh menteri tersebut di London. Rupanya putar dan salah putar terbelit sendiri apabila artis tersebut ada mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa beliau menafikan bahawa beliau telah berkahwin.

Kalaulah perkara ini terjadi dikalangan pemimpin pakatan rakyat, perkara ini akan dicanai dan dicanang 24 jam sehari daripada sebelum subuh ke subuh esok tidak berhenti-henti. Inilah cara akhbar penjilat najis.

Lihat saja isu yang dikatakan pemimpin pakatan rakyat memperlekeh dan mempersendakan raja-raja semasa majlis pertabalan Yang DiPertuan Agong 11 April 2012, tidak  sudah-sudah diputar sampai tak terputar hanya melihat kepada blog Dr Rahmad saja yang belum tentu sahih diputar sampai lunyai. Allah Maha mengetahui, Maha Kaya dan Maha Adil.  Apabila isu ini timbul kelu lidah akhbar penjilat najis untuk memutar isu ini.

Perkara ini telah heboh keseluruh Negara dari Perlis hingga ke Sabah.  Inilah masa media altenatif pro-pakatan memainkan peranan masing-masing memberitahu rakyat setiap pelusuk tanahair inilah rupanya  kemungkaran menteri UMNO.  Rakyat yang dahulu tidak mengetahui akan dapat meklumat jelas perkara ini.  Makcik Felda, Felcra yang berbangga dengan menteri UMNO lihatlah dunia mereka sanggup berhabisan jutaan ringgit kerana inginkan manusia bernama artis.

Allah SWT ingin menunjukkan kepada kita, dosa-dosa yang dilakukan oleh keluarga kita atau bapa mertua kita misalnya tidak dibalas  oleh Allah SWT  kepada mereka sebaliknya secara simbolik dijatuhkan kepada saudara terdekat yang lain seperti kepada menantu misalnya.  Ini menjadi iktibar kepada insan yang lain mengambil pengajaran.

Kedua belah pihak sekarang menerima bala, pihak menteri, isteri dan keluarga dan pihak artis dan keluarga. Pecah sudah telur tembelang yang memang busuk untuk pernafasan.  Selalunya sekira manusia ada sikap keegoan, keegoan itu yang mengajarnya.

Zuraidah Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang dan Sivarasa menunggu 7 hari akan menjelaskan lagi perkara ini dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung dengan pemilikan wang yang banyak oleh menteri berkenaan.

Di saat-saat menunggu tarikh pilihan raya ke-13 yang dilambat-lambatkan oleh Najib, datang pula menerpa balak baru yang perlu ditanggung oleh Najib.  Fung Shui Tun Mahathir kata buat pilihan raya sekarang, tapi Najib nak tunggu lagi balak yang lain pula.

Adakah menteri yang terlibat dengan artis ini masih lagi boleh disenaraikan sebagai calon boleh menang atau winnable candidates bagi UMNO BN?. Tunggu.

No comments:

Post a Comment