IKLAN

Saturday 14 April 2012

Tun Mahathir Kini Mudah Lupa Dan Keliru


Blog Pinger Free
Terpanggil untuk mengulas kenyataan Tun Mahathir, “They have already been given a lot of chances. A lot of unhappy things have happened in Penang, the same (is happening) in Selangor”.  Diterjemahkan bermaksud   pembangkang  telah diberi banyak peluang.  Banyak perkara-perkara yang tidak menyenangkan berlaku di Pulau Pinang,  perkara sama berlaku di Selangor.

Itulah kenyataan Tun Mahathir yang boleh dianggap keliru dan mudah lupa apabila membandingkan pakatan rakyat yang hanya baru empat tahun berkuasa di Pulau Pinang, Kedah, Selangor berbanding 55 tahun BN berkuasa di Malaysia.

Tun Mahathir lupa, Barisan Nasional (BN)  berkuasa selama 55 tahun apakah yang telah dilakukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia?.  Lupakah Tun semasa  berkuasa dahulu pentadbiran Tun banyak melakukan  kemungkaran iaitu seperti fitnah, rasuah, membela kroni-kroni, nepotisma lebih  dahsyat lagi mengaibkan raja-raja Melayu dengan melucutkan kekebalannya. Banyak lagi kemungkaran BN  yang tidak terdaya untuk disenaraikan. Kemungkaran yang dilakukan oleh Tun Mahathir ini disambung dan diamalkan  pula oleh Dato’ Seri Najib.

Dalam keadaan usia yang  panjang ini    dikurniakan oleh Allah SWT, Tun sepatutnya berhati-hati mengeluarkan kenyataan memfitnah.  Pakatan rakyat jika diibaratkan sebagai bayi hanya baru pandai berlari dan bertutur. Baru 4 tahun memegang tampuk memerintah Pulau Pinang, Selangor dan Kedah (tidak termasuk Kelantan) tiada manusia  akan mengharapkan sesuatu yang ajaib boleh dilakukan berbanding 55 tahun  BN memerintah.  Walau bagaimanapun  banyak perkara yang dilaksanakan demi kebajikan rakyat oleh pakatan rakyat di Selangor dan Pulau Pinang dan Kedah yang mahu dinafikan oleh Tun dari menyatakannya.

Ingin juga kita bertanya, apakah yang dilakukan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri  Dr Zambry Abdul Kadir selepas merampas kuasa di Perak untuk kemajuan dan kesejahteraan rakyatnya?.

Cemuhan Tun tersebut sama sahaja nadanya dengan pemimpin-pemimpin  BN yang lain yang melebelkan pakatan rakyat gagal melaksanakan janjinya terhadap rakyat.  Inilah modal untuk diputar, diputar.  Rakyat hanya senyum  sinis, rakyat amat memahaminya.

No comments:

Post a Comment