IKLAN

Thursday 5 April 2012

Jika Task Force BN Benar, Negara Malaysia Bakal Tergadai


Ping Blog
Amat memeranjatkan apabila berita mengenai ‘task force’ yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional bagi memberi  kad pengenalan (IC) Malaysia kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi untuk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Ke-13. Perkara ini didedahkan oleh Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.  


Serentak dengan itu Mahfuz mahu ditubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan perkara ini sebelum pilihan raya ke-13 ini bagi menyiasat dakwaan wujudnya satu badan bertindak yang mengendalikan projek pemberian IC kepada rakyat asing.

Menurut Mahfuz antara mereka yang terlibat ialah Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan diketuai Pegawai Penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Othman Razak.

Dilaporkan juga lain-lain pegawai yang terlibat ialah Timbalan Ketua Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Jariah Mohd Said, Pegawai JPN Nik Norashikin Nik Mansor, Pegawai Bahagian Kewarganegaraan JPN Rashid Bashirun dan Shahrul Anwar Ahmad Zaidi.

Berita ini sungguh mendukacitakan kepada semua rakyat Malaysia yang ‘genuine’ cintakan negara Malaysia.  Jika berita ini benar bermakna rakyat Malaysia tulin  akan  sama tarafnya dengan warga asing yang telah diberi kad pengenalan segera.  Tidakkah pemimpin kita yang ada melihat apakah yang terjadi kepada Negeri Sabah. Warga asing (Filipina) yang diberikan kad pengenalan melalui projek IC begitu sombong dengan penduduk tempatan.  Mereka telah diberi kemudahan dan ada antara mereka meneroka  tanah, memiliki permit teksi dan sebagainya atas nama Rakyat Malaysia. Rakyat asal terpinggir.

Negara Malaysia akan memasuki peringkat tergadai sekiranya perkara ini sungguh benar berlaku.  Apa yang disebutkan oleh Mahfuz ada logiknya.  Negara sedang berada dalam keadaan bahaya dari segi keselamatan.  Bila-bila masa sahaja negara boleh dijual.

Kita begitu sedih mengenai berita ini.  Bagaimanakah mereka yang berada dalam Kementerian Dalam Negeri yang ditugas menjaga keselamatan negara tergamak melakukan kerja yang hina ini.  Tidakkah terfikir oleh mereka (jika perkara ini benar) mereka telah memusnahkan harapan rakyat Malaysia dan juga genarasi keluarga mereka juga akibat daripada kurang pertimbangan mereka.

Bak kata perpatah MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI.  Yang dibuat untuk memenangkan tetapi akibatnya negara dan cucu cicit kita tergadai.  Berhentilah daripada perbuatan keji ini. Janganlah mengkhianati amanah rakyat.

Jika benar apa yang diperkatakan oleh Datuk Mahfuz, kesemua mereka yang tersebut jika sesunggunya terlibat boleh diambil tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).  Kesalahan sebegini sebenarnya sesuai diambil tindakan di bawah ISA.

Sebelum ini pun ada dalam pengetahuan ramai berhubung desas-desus dikumpulkan warga asing untuk diberikan  kad pengenalan. Tetapi buktinya belum cukup.  Tetapi kali ini Mahfuz telah bersedia dengan bukti yang menurut beliau maklumat tersebut adalah dari orang dalam sendiri.

Ya Allah  Selamatkanlah bumiku Malaysia dari sebarang bencana.  Biar aku dan keluargaku kurang makan, tapi aku tak sanggup menghadapi tipu daya.  Selamatkanlah Ya Allah. Amin

No comments:

Post a Comment