Harus dipuji kepada blogger yang membuat poster di atas dengan meletakkan gambar Anwar BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA. UMNO CUKUP Takut Individu Bernama Anwar Ibrahim (syabas kepada blogger berkenaan)
Menurut apa yang dilaporkan kerana penerimaan sambutan tidak bersemangat pelancaran TIBAI maka Ibrahim Ali berikrar untuk mengadakan kempen baru mendedahkan kejahatan Anwar Ibrahim.
Ibrahim dengan sombong berkata beliau sanggup untuk menentang Anwar di kubu kuat Anwar di Permatang Pauh dalam pilihan raya ke-13 yang akan datang, jika diberi peluang berbuat demikian. Kesian Ibrahim, kenyataan beliau ‘jika diberi peluang’ bermaksud dia faham UMNO sendiri tidak menerimanya untuk menjadi calon UMNO memandangkan beliau telah dinyahkan dari UMNO. Untuk menumpang dengan PAS adalah mustahil sebab jambatan telah dibakar (kata-kata Rais Yatim). Nak bawa diri jadi calon bebas terpaksa lawan Pakatan Rakyat, BN. Sudah jadi tiga penjuru. Hilang wang deposit. Kalau bertanding di atas tikit bebas apa perlu sebut jika diberi peluang.
Hairan juga kenapa pelancaran tersebut perlu dilancarkan oleh Ibrahim Ali. Kenapa Mursyidul Amnya Muhammad Zahid Md Arip tidak memanggil Najib rasmikan TIBAI?. Harus diingat UMNO hanya bagi point jika sesuatu yang dilakukankan untuk jatuhkan Anwar. Jangan ingat UMNO akan beri peluang untuk disenaraikan sebagai calon boleh menang atau winnable candidate dalam pilihan raya akan datang.
Nasib kauler Brahim. Ada mata pandang, ada telinga dengar.
No comments:
Post a Comment