IKLAN

Monday 5 March 2012

Ahli Akedemik - Winnable Candidates



Sejak kebelakangan ini ramai di kalangan ahli akedemik  yang mengelaurkan pendapat mereka  dengan  berbagai-bagai.  Suara Dato’ Seri Najib yang mahukan calon boleh menang atau winnable candidates mungkin pencetusnya.  Makin galak mereka mengeluarkan kenyataan yang memuji walaupun kenyataan tersebut menjadi satu perbualan umum dan sebagai penglipur lara.

Semalam  Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian  menyatakan populariti dan gaya kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi satu daripada kelebihan kepada Barisa Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.  Pernyataan beliau adalah sebagai mengulas pandangan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dalam Mingguan Malaysia semalam yang menyatakan UMNO serta BN mempunyai kelebihan berbanding pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.   Kenyataan  Dr. Sivamurugan seperti mangkuk tambah saja untuk mengangkat Najib ke atas lebih tinggi lagi.

Begitu juga kenyataan-kenyataan ahli akedemik yang lain seperti Prof  Dr Ahmad Atory Hussain, Pensyarah Pengajian Sains  Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia.  Prof Dr Ahmad pernah mengulas berhubung dengan kerajaan perpaduan.  Beliau mensifatkan “ PAS adalah parti yang bongkak mereka fikir dengan 23 kerusi (Parlimen)  yang mereka miliki mereka boleh kalahkan Umno”.  Seterusnya  "PAS terlalu memandang rendah keupayaan mereka (Umno). PAS salah jika buat andaian sedemikian. Umno ada 78 kerusi di Parlimen jika dibandingkan dengan PAS.  Nampak sangat kenyataan beliau menyokong UMNO. (Tempat cari makan).

Ada juga antara ahli akedemik  yang tiba-tiba dapat publisiti meluas kerana menyatakan atau menyokong kenyataan bahawa Malaysia Tidak Pernah Dijajah.  Mereka ialah Profesor Datuk Dr Zainal Kling orang sosiologi dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim seorang sejarahwan. Disokong pula oleh Datuk DrRamlah Adam.   Profesor-profesor tersebut keliru dan kemudian mengelirukan orang pula.

Jangan kita terkejut jika ada diantara ahli-ahli akedemik yang disebutkan tadi akan muncul dalam pilihan raya yang akan datang ini sebagai calun boleh menang atau winnable candidates untuk Barisan Nasional (BN). Tunggu!

No comments:

Post a Comment