IKLAN

Saturday 31 March 2012

Tun Mahathir Keliru Untuk Ramal Keputusan Pilihan Raya

Ping Blog
Tun Dr Mahathir Mohamad  kerana terlalu banyak bercakap akhirnya beliau sukar untuk meramalkan keputusan pilihan raya umum  akan datang.  Beliau agak keliru. Ini kerana berbagai andaian yang didengar , ada mengatakan sokongan terhadap BN bertambah dan ada berkata sebaliknya. Ini mengelirukan.

Tun Mahathir kena faham, pembangunan Malaysia yang dipimpin oleh Tun sangat laju sehingga ada yang tidak terkejar perubahan yang dilaksanakan.  Ini dapat dilihat daripada perkembangan Teknologi Internet (IT). Perkembangan IT di Malaysia begitu pesat, hampir seluruh masyarakat Malaysia dapat menafaatkan teknologi tersebut.  Masyarakat dapat mengikuti perkembangan yang berlaku di negara ini  samada politik, ekonomi  dan sebagainya dengan pantas serta  membuat pilihan tanpa bergantung kepada media elektronik dan media cetak dokongan UMNO/BN.

Tun Mahathir faham berhubung dengan perkara ini. Rakyat sudah celik.  Sebab itu beliau tidak yakin  BN akan mendapat dua pertiga majoriti dalam pilihan raya yang akan datang. Tun mengakui bahawa pembangkang yang wujud sekarang bukan pembangkang seperti dulu.

Tun mudah lupa, dalam pilihan raya ke-12 (2008), Barisan Nasional tidak  lagi dapat majoriti dua pertiga. Jika dilihat kepada perkembangan terbaru, momentum pembangkang agak baik dan tersusun. Nampaknya silap haribulan BN akan kecundang.

Najib akan melakukan apa sahaja demi survival UMNO dan juga mempertahankan Putrajaya. Najib telah berikrar semasa Perhimpunan Agong UMNO 2011 di PWTC  “Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!".

Diulang lagi semasa perhimpunan sejuta belia “Di sini, satu juta belia berkumpul di Putrajaya bagi mempertahankan kerajaan. Sanggupkah anda mempertahankan Putrajaya bersama saya?”.  Sebagai insan yang kerdil,  Najib hanya boleh merancang, tetapi Tuhan yang menentukan.

Harus dingat sebenarnya sokongan kepada BN bukan bertambah tetapi berubah.  Rakyat telah sedar selama 55 tahun Barisan Nasional bermain silap mata.  Mereka bosan dan jemu dengan pimpinan  yang ada.  Hanya satu  cara untuk menolak pemimpin, caranya  ialah  menolak BN. Tunggu!.


No comments:

Post a Comment