IKLAN

Thursday 15 March 2012

Najib Akan Ditendang Keluar

hostgator coupon
Nampaknya Tun Daim telah menyuarakan apa yang ada difikirannya.  Melalui satu temubual dengan akhbar  Sin Chew Daily beliau menyatakan bahawa Umno  akan menolak Perdana Menteri, Najib Abdul Razak sekiranya gagal memulihkan keputusan pilihan raya bagi BN dalam pilihan raya akan datang.  Beliau juga menyebut visi Najib untuk mendapat majoriti dua pertiga adalah bagus tetapi biarlah berasas. Sekiranya keputusan tersebut tidak berlaku dan BN kehilangan banyak kerusi maka Umno akan menolak beliau.

Sebagai ahli politik  veteran Daim dapat melihat apa yang telah dilakukan oleh Najib dan kesan perlaksanaan beberapa plan  transformasi yang dibuat oleh Najib.  Ada orang beranggapan apa yang disuarakan oleh Tun Daim tersebut satu pendapat peribadi beliau, tetapi rata-rata dipersetujui banyak orang pendapat tersebut.

Banyak perkara yang dilakukan oleh pentadbiran Najib dilihat seperti sorong tarik (flip flop), ini belum diambil kira berhubung dengan isu peribadi dan keluarga serta isu-isu lebih besar yang menjadi topik perbualan harian masyarakat Malaysia.

Tun Daim dapat melihat bahawa kedudukan Umno sungguh goyah. Mengambilkira senario semasa, apabila Umno lemah ia akan menarik sama parti-parti komponen dalam Barisan Nasional ke lembah yang sukar untuk didaki semula.  Selain Tun Daim, kebimbangan ini juga dilihat terdapat kepada Tun Mahathir yang menyuarakan supaya pilihan raya tidak diadakan dalam masa terdekat.

Inilah suara-suara yang membuatkan Najib bertambah bimbang lagi.  Beliau sendiri sukar untuk membuat keputusan  bila sebenarnya pilihan raya  perlu diadakan.  Jika keputusan pilihan raya tidak memihak kepada BN sudah ada yang menyuarakan untuk  menendang beliau keluar dari Umno. Oleh itu Tunggu!.

No comments:

Post a Comment