IKLAN

Friday 23 March 2012

Najib: Jika Lynas Bahaya, Operasinya Akan Ditutup


phpweby.com
Loji Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan akan ditutup sekiranya merbahaya kepada orang ramai.  Begitulah kenyataan Najib ketika ditemubual oleh Radio 98.8 kepunyaan MCA.  Najib umpama berjudi secara ‘Russian Roulette” atau memasang  bom jangka  dalam mempertahankan loji memproses nadir bumi Lynas tersebut.

Dalam ertikata lain Lynas boleh teruskan operasinya dan jika terdapat bukti-bukti sainstifik menunjukkan loji tersebut merbahaya kepada kesihatan maka beliau  tidak teragak-agak menutup loji tersebut. Tidakkah dengan berbuat demikian ianya satu tindakan yang mengundang bahaya?

Najib harus faham, radiasi adalah  umpama zara berterbangan di udara yang akan menyingahi tubuh badan atau apa sahaja benda yang menyebabkan keadaan berbahaya.

Membiarkan kerosakan berlaku baru mengambil tindakan pencegahan adalah satu perkara yang tidak lojik dan tidak  boleh dimaafkan. Ini bukan cara untuk menanganinya.

Enak sungguh Najib bercakap bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan keselamatan rakyat.  Sudah tahu bahaya mengapa masih mahu membiarkan Lynas beroperasi?

Ramai berpendapat mengapakah beria-ia sangat untuk mempertahankan Lynas tersebut.  Adakah kerana penyediaan peluang pekerjaan  kepada penduduk setempat atau kerana mempertahankan sesuatu yang melibatkan kewangan?

Kerajaan tidak memperolehi hasil cukai daripada operasi Lynas selama 12 tahun kerana Lynas telah diberi pengecualian cukai oleh Kerajaan Malaysia  di atas  ‘pioneer status’.  Lynas pula telah mewarwarkan bahawa hasil yang dijana  oleh Lynas setahun ialah berjumlah RM8 billion’. Apakah maknanya.

Sebagai mana penulis telah menyebut, jika terjadi sesuatu yang tidak dingini, maka selama tujuh keturunan Najib dan Barisan Nasional akan diingati rakyat Malaysia akan musibah tersebut.

No comments:

Post a Comment