IKLAN

Wednesday 21 March 2012

Pakatan Rakyat Keluar Dewan Protes Tubuh PSC- Lynas

new hostgator coupon
Pada 20 Mac 2012 Ahli Parlimen bagi Pakatan Rakyat telah bersepakat keluar dari Dewan tanda protes terhadap penubunan  Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) – Loji Memproses Nadir Bumi  Lynas, Gebeng, Kuantan.

Pakatan Rakyat menyifatkan penubuhan PSC tersebut adalah satu strategi untuk mengabui rakyat bagi mengekalkan loji Lynas tersebut, bercanggah dengan hasrat rakyat dan NGO-NGO Anti Lynas yang mahukan keselamatan rakyat dan sekaligus mahu loji tersebut dilarang beroperasi.

Loji Lynas telah hampir 95 peratus siap pembinaannya.  Masyarakat setempat dan juga Malaysia amnya tidak mengetahui kewujudan loji Lynas ini sehingga  pada 8 Mac 2011 satu artikel yang ditulis oleh Keith Bradesher disiarkan oleh akhbar New York Times.

Sejak loji Lynas ini diketahui ramai dan beberapa siri protes diadakan oleh NGO-NGO, berbagai kenyataan  melalui pakar-pakar dan kenyataan Perdana Menteri,  Najib telah dikeluarkan bagi menunjukkan loji nadir bumi tersebut adalah selamat disamping untuk meredakan keadaan.

Kenyataan-kenyataan  dari  Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan,  Dr. Che Rosli Che Mat, Saintis Nuklear juga Ahli Parlimen Pas Hulu Langat, MenteriSains, Teknologi dan Innovasi kesemuanya menyatakan loji Lynas di Gebeng adalah selamat.

Dato’ Seri Najib dalam kenyataannya menolak kebimbangan yang dibangkitkan oleh peserta demonstrasi anti- Lynas dengan menegaskan loji pembersihan nadir bumi bernilai RM700 juta di Gebeng,  Kuantan adalah selamat dari segi fakta dan saintifik.

Selepas beberapa hari kemudian timbul pula kenyataan  Dato’ Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan mencadangkan supaya sisa radioaktif dihantar balik ke Australia selepas diproses di kilangnya di Gebeng.

Dato’ Seri Najib  pula dalam kenyataan kemudiannya  menyebut Lynas mestilah membuang jauh  sisa-sisa lojinya yang mengandungi radioaktif  dari  kawasan penempatan penduduk, tetapi masih dalam negara. Nampak jelas Najib sendiri pun tiada berkeyakinan.

Sementara itu  Menteri Perlombongan dan Petroleum Australia Barat, Norman Moore telah menyatakan kerajaannya tidak akan menerima sebarang sisa yang mengandungi radioaktif dari lain-lain negara termasuk yang diproses oleh Lynas.

Inilah  yang dibimbangi oleh Pakatan Rakyat.  Menghalusi kepada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan ianya  tidak langsung boleh disandarkan keyakinan bahawa loji tersebut selamat untuk rakyat.  Pakatan rakyat sudah dapat membaca  bahawa penubuhan PSC tersebut semata-mata adalah untuk menghalalkan cara mentelah   lesen untuk beroperasi telahpun dikeluarkan kepada Lynas.  Sebab itulah Pakatan rakyat tidak menyokong penubuhan PSC. Ini  kerana tertubuh atau tidak  PSC, loji Lynas akan tetap juga diteruskan.

Apa yang menyedihkan ialah sikap Ahli-ahli  Parlimen BN dan Bebas pro-BN yang menyokong penubuhan PSC tersebut.  Tidak langsung terdetik  dihati mereka rasa bersalah berhubung dengan implikasi  yang timbul daripada loji Lynas ini.  Jika berlaku kejadian yang tidak diingini daripada projek Lynas ini rakyat yang didahulukan akan mengingati tujuh keturunan wakil rakyat  Barisan Nasional akan perbuatan mereka. Tunggu!.




No comments:

Post a Comment