IKLAN

Friday 16 March 2012

Ahmad Maslan Sekarang Pakai Gear Lima


the hostgator coupon
Pada 7 Mac lalu ketika di Arau, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan telah meminta jentera pilihan raya UMNO bergerak pantas umpama memandu dengan ‘gear lima’ berikutan  Pilihan Raya Umum Ke 13 yang hampir tiba. Beliau meminta menyusun gerak kerja lebih laju dan bersedia menghadapi pilihan raya. Beliau menyatakan  jangan memberi peluang kepada pembangkang menakluki negeri Perlis walau seinci pun.

Itulah suara Ahmad Maslan supaya jentera pilihan raya UMNO menggunakan gear lima mulai sekarang dalam apa-apa tindakan bagi memastikan kemenangan UMNO.  Semua mesti mahu laju.

Tindakan yang sama dibuat oleh Ahmad Maslan menggunakan gear lima terhadap cadangan menyenaraikan Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVH).  Ahmad Maslan telah membuat kenyataan FGVH tetap akan disenaraikan juga tanpa penyertaan Koperasi Permodalan Felda (PKF). 

Kalau bercakap pandanglah di segenap sudut,  selamilah hati nurani masyarakat Felda. Peneroka Felda telah mula memahami berhubung dengan hak mereka. Mereka sedar kemungkinan masa depan mereka dengan FGVH. Durian yang dijanjikan  runtuh mungkin menghempap kepala mereka dulu  sebelum sempat meratah isinya.

Dengan kesibukan Ahmad Maslan mengenai FGVB,  ingin juga kita tahu sehingga kini berapa buah rumah peneroka Felda di seluruh negara yang  telah Ahmad Maslan tidur pada  setiap minggu dalam usaha beliau mendekati serta mendapatkan gambaran sebenar masalah yang dihadapi golongan ini?.

Mungkin Ahmad Maslan kini telah mendapat gambaran sebenar golongan yang dimaksudkan.  Sebab itulah beliau menukar kelajuan kepada gear lima untuk penyenaraian FGVH. Adakah rumah yang ditiduri Ahmad Maslan rumah yang terpacak bendera UMNO dan BN?. Paling dibimbangi kalau kelajuan Ahmad Maslan akan terbabas melanggar semua warga Felda. Tunggu!

No comments:

Post a Comment