IKLAN

Saturday 24 March 2012

Najib: Tak perlu Tribunal Siasatan Terhadap Musa Hassan dan Gani Patail

hostgator for 1 cent
Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib menyatakan bahawa tidak perlu diwujudkan tribunal bagi menyiasat salahlaku Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kerana ia dakwaan yang bukan sah.

Kedua-dua mereka dikatakan terbabit memerangkap bekas Ketua Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusuf sehingga beliau dipecat.  Entahlah belalang, semakin hari, semakin teruk keadaan negara akibat daripada pemimpin yang apabila bercakap tidak berfikir, bila berjanji flip-flop.

Sesuatu maklumat yang belum sah, sesunggunya kenalah diambil tindakan untuk mengesahkan dengan cara menjalankan siasatan, barulah dapat fakta samada benar atau tidak.  Begitulah apa yang berlaku kepada isu National Feedlot Corporation (NFC), apabila siasatan selesai terbukti terdapat kes pecah amanah. Jelas.

Orang ramai merasa malu dan bosan  kerana sentiasa disogokkan  dengan kenyataan-kenyataan bahlul pemimpin negara ini.  Apabila berita sebegini   disiarkan di media antarabangsa, bertambah tanggapan masyarakat antarabangsa begini rupanya IQ yang dimiliki oleh pemimpin Malaysia.  

Gambar Tan Sri Musa Hassan turun
padang di Kampong Tengah, Mukim Sungai Terap, Parlimen Pagoh  selepas ceramah keselamatan negara dan isu  semasa pada 16 Mac 2012.  Dengar-dengarkanlah jika tersenarai sebagai winnable candidate pada PRU Ke-13.

(sumber dari facebook)



No comments:

Post a Comment