IKLAN

Monday 19 March 2012

Tan Sri Sheikh Abdul Kadir Sheikh Fadzir Keluar UMNO

coupons
Semalam telah saya keluarkan entri berhubung dengan  Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor  meminta Tan Sri Sheikh Abdul Kadir Sheikh Fadzir meletakkan jawatan daripada UMNO sekiranya tidak berpuas hati dengan parti UMNO.  

Umpama peribahasa, gayung bersambut kata berjawab.  Pada hari ini 19 Mac 2012 Abdul Kadir telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia bagi  meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia berkuatkuasa mulai hari ini.

Abdul Kadir telah memilih jalannya sendiri menyahut  cabaran  Tengku Adnan supaya meletakkan jawatan dari UMNO.  Beliau tahu pada UMNO  tiada apa-apa yang merugikan samada beliau menjadi ahli UMNO atau sebaliknya. Abdul Kadir banyak membuat kritikan terhadap kerajaan dan parti UMNO akhir-akhir ini.

Abdul Kadir  adalah ahli politik vetran yang telah bergiat dalam UMNO sejak 56 tahu yang lalu  dan telah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan.  Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Menteri Penerangan Dan Pelancongan

Di sini blog Tanjak Tinggi mengucapkan kepada Tan Sri Sheikh Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang memegang jawatan Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH)  selamat meneruskan perjuangan untuk bangsa Malaysia bersatu padu menerusi AMANAH.

No comments:

Post a Comment