IKLAN

Tuesday 13 March 2012

Dewan Kecoh, Najib Elak Jawab Soalan SBPA


hostgator coupon page
Parlimen 13 March 2012.  Dato’ Haji Mahfuz Hj Omar,  (Pas) Pokok Sena telah bertanyakan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib berhubung dengan  Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Antara soalan yang dikemukakan oleh Mahfuz antaranya ingin penjelasan daripada Perdana Menteri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Gaji SBPA, samada beliau pernah diberi taklimat oleh JPA atau KSN berhubung dengan SBPA ini.  Adakah SBPA ini dibawa ke jawatankuasa kabinet sehingga tidak dapat meneliti berhubung dengan permasalahan dan ketidakadilan.  Sekiranya tidak dibentangkan dalam kabinet bermakna kabinet telah hilang kelayakan tidak dapat menangani dari awal permasalahan tersebut

Isu kedua ialah berhubung dengan status 36 penjawat gulongan Primer dalam SBPA yang telah menandatangani  pilihan persaraan sebagaimana diminta ke atas mereka.  Surat persaraan mereka telah diperkenankan oleh DYMM DiPertuan Agong pada 27.12.2011.  Penjelasan mengapa 36 orang ini yang telah bersara sekarang kembali kepada SBPA.  Segala faedah dan ganjaran telah dimasukkan ke dalam akaun hari pertama perbankan 2012. Berapakah ganjaran pencen telah diberi kepada mereka, berapa jumlah gaji dan berapa bulan gaji yang telah diterima golongan primer.

Itulah antara yang dibangkitkan oleh Mahfuz kepada Perdana Menteri.  Walaubagaimana pun Najib bangun dengan yakin menjawab:
       
    Nampaknya Ahli Yang Berhormat berkenaan nak jadi juara kepada 36 orang ni.  Kerajaan kita nak jadi juara kepada  1.4 juta kepada  penjawat awam.

Ini yang menjadikan dewan kecoh kerana jawapan yang diberikan tidak langsung  menjelaskan isu. Sungguh malang rakyat Malaysia mendapat  seorang Perdana Menteri  yang begitu lemah untuk memberi jawapan kepada  isu yang dikemukakan kepada beliau.   Kalau beliau tidak boleh  memberi jawapan secara spontan, beliau boleh memilih atau meminta kebenaran Yang DiPertua Dewan untuk memberi jawapan secara bertulis. Tindakan  ini jika diambil akan meredakan keadaan. Semua YB-YB akan senyap atau maklum.  

Soalan yang dibangkitkan oleh Mahfuz tersebut bukan satu provokasi.  Tetapi telah disalah tafsir oleh Najib seolah-olah ingin membela nasib atau menjadi juara kepada 36 orang penjawat gulungan primer tersebut.  Dengan bangga pula Najib menjawab “ Kerajaan kita nak jadi juara kepada  1.4 juta kepada  penjawat awam”.  Allahu Akbar.  Tunggulah PRU ke-13.
 
LIHAT SENDIRI JAWAPAN NAJIB


                                        Ikhsan dari tv Pas09

1 comment:

  1. kalau boleh font kasi besar skit..mata dah tua tak brapa nak nampak heheh

    ReplyDelete