IKLAN

Tuesday 20 March 2012

Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 Menjadi Rahsia Najib

hosting coupon webpage
Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13  masih menjadi rahsia.  Perdana Menteri Najib meminta  supaya wartawan-wartawan faham kedudukannya.  Ada perkara boleh diberitahu dan ada yang tidak boleh walaupun beliau tahu.  Beliau mahu menyimpannya sebagai satu rahsia untuk dirinya. Najib menyatakan demikian ketika pelancaran  Foreign Correspondents  Club of Malaysia.

Walaupun mengumumkan tarikh pilihan raya adalah hak Najib, sebenarnya beliau  takut untuk berbuat demikian sehinggalah saat akhir.  Beliau sedar bahawa masyarakat sekarang adalah masyarkat berpengetahuan  dan  sudah celik  IT.   

Banyak sebab yang dibimbangi oleh Najib untuk mengumumkan tarikh pilihan raya.  Najib dilantik memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melepaskan jawatan atas desakan UMNO.  Dengan kata lain pelantikan Najib adalah secara otomatik dan bukannya mendapat mandat daripada rakyat Malaysia.

Ketika ditanya oleh wartawan beliau menyatakan bahawa beliau  sedang bekerja keras untuk mendapat majoriti  dua pertiga untuk Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang, walaupun  menghadapi  kesukaran melakukannya.

Penulis masih ingat, pengalaman  beberapa siri pilihan raya umum yang dilalui Barisan Nasional tidak mempunyai masalah untuk mendapat kemenangan. Letaklah calon mana sekali pun orang akan memangkah dacing juga.  Tatapi senario  ini tiada wujud lagi bermula  pada pilihan raya 2008.  Inilah mercu tanda perubahan politik Malaysia.  Banyak perbuatan-perbuatan sumbang kerajaan BN seperti rasuah, salahguna kuasa, nepotima, kronisme tidak telus, kekejaman, rasis dan sebagainya.  Tak perlulah  senaraikan  satu persatu pada waktu ini. Inilah punca sebenar rakyat mahukan satu perubahan total dilakukan. Altanatifnya ialah mereka mahukan satu perubahan.

Lebih menakutkan  Najib lagi apabila Tun Daim sendiri telah mengambarkan bahawa Najib akan ditendang keluar sekiranya keputusan  pilihanraya  tidak memihak kepada BN.  Dalam temuramah terbaru dengan Nanyang Siang Pau, Daim membuat  ramalan  lagi bahawa  tiga negeri  seperti  Johor, Melaka dan Pahang  sahaja BN memperolehi kemenangan mudah.  

Bagaimana untuk mengumumkan tarikh pilihan raya sedangkan banyak isu-isu besar sekeliling pinggang yang masih hangat diperkatakan orang.  Isu-isu yang  belum ditangani tersebut akan  didendang dalam pilihan raya oleh pihak lawan.  Tunggulah, Najib akan mengumumkan juga tarikhnya cuma masa sahaja yang menentukan.

No comments:

Post a Comment