Dalam entri saya bulan lepas ada saya menyentuh berhubung dengan Lebuhraya KIDEX. Tiba-tiba muncul kenyataan Tan Sri Muhyiddin bahawa pemilihan syarikat Emrail dan Zabima adalah mengikut merit. Banyak
sungguh kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan adalah untuk memperbodoh atau mempersendakan rakyat.
Merit apakah yang digunakan untuk memberi
kontrek RM2.2 biliun tersebut. Adakah merit
tersebut mengambilkira kejayaan Hafarizam dalam mengendalikan kes krisis kerajaan
negeri Perak atau mengenang jasa Tun Zaki sebagai Ketua Hakim Negara?
Rakyat cukup faham berhubung dengan perkara
ini. Inilah cara yang dilakukan oleh
Umno untuk menghimpun kroni pilihan. Kalau penjelasan Muhyiddin sebegini tidak diyakini, apa lagi kata-kata beliau “I am Malay first”. Janganlah memperbodohkan rakyat. Tunggu!
No comments:
Post a Comment