IKLAN

Friday 2 March 2012

Lawatan PM Najib Ke Kelantan


 

Semalam (2 Mac. 2012)  PM  Datuk Seri Najib Razak mengadakan siri lawatannya ke tiga daerah  iaitu  Jeli, Pasir Mas  dan  Kota Bahru  di Kelantan.    Dari  apa  yang kita lihat,  lawatan-lawatan ini adalah  sebagai kempen permulaan menjelang pilihan raya Ke 13.

Sebagaimana biasa Najib berjanji untuk mengubah landskap pembangunan dan infrastuktur Kelantan.  Menyelesaikan isu bekalan air bersih, ladang rakyat,  perumahan rakyat dengan syarat  rakyat Kelantan perlulah memberi mandat dan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang untuk memerintah Kelantan.  Pembangunan yang dijalankan tetap berpaksikan islam, ilmu dan akhlak.

Lawatan Najib ke Kelantan sama sahaja irama yang didendangnya tak kira di Sabah, di Batu Cave atau di Tokong Cina.  Lagunya  “you help me, I’ll help you.  You trust me I trust you” atau “Gua tolong you, you tolong gua”. Berilah mandat.

Berhubung dengan  komitmen Kerajaan Pusat membantu rakyat melalui bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M), Najib mengungkit bahawa orang yang menentang kerajaan yang bersungguh-sungguh datang mengambil bantuan berkenaan.  “Tak mengapa, walaupun kita tidak dapat undi, tapi kita dapat pahala. Kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang tetap memperjuangkan nasib rakyat”.


Najib jangan mudah lupa, tugas kerajaan adalah untuk membantu rakyat.  Duit bantuan yang dikeluarkan dan diagih-agihkan  untuk memancing undi tersebut adalah dari kantong rakyat  dan seharusnya  rakyat  yang menikmatinya.  Sesudah  dibahagi-bahagikan  diungkit  pula katanya dapat  pahala  daripada  Allah swt.  Ingatlah! Tangan kanan yang memberi tanpa diketahui tangan kiri.  Allah menjelaskan kepada kita bahawa sebagian harta yang  kita miliki ada sebagian milik orang lain (yang patut di tolong). “Dan pada harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bagian” (QS. Adz-Dzariyat:19)   Kita harus sedar perkara ini.  Kita tidak sepatutnya berbangga diri apalagi mempamerkannya.

No comments:

Post a Comment