Hari ini Datuk Zaid Ibrahim, presiden Parti Kesejahteraan
Insan Tanah Air (KITA) mengadakan sidang akhbar di Petaling Jaya dengan
mengumumkan bahawa partinya tidak akan dibubarkan sebagaimana diumumkan
dahulu. Beliau seterusnya
menyatakan akan bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu, Kelantan di bawah tiket
KITA dalam pilihan raya umum akan datang.
Zaid juga berbangga diri dengan menyatakan parti KITA lebih
progresif, Lebih maju dan lebih kehadapan
dan lebih baik daripada parti-parti pembangkang yang ada.
Sidang akhbar yang diadakan
oleh Zaid adalah semata-mata untuk mempromosi dirinya dan juga parti KITA. Apakah pengalaman yang parti KITA ada, belum satu
pilihanraya pun ditandingi oleh KITA.
Apakah kemajuan yang dicapai oleh parti tersebut?.
Jangan-jangan hilang wang deposit semasa bertanding di Kota
Bharu dalam pilihan raya yang akan datang.
Tunggu!
No comments:
Post a Comment