IKLAN

Sunday 4 March 2012

Shahrizat Ketua Angkatan Perang Wanita BN


 

Pulau Pinang: Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan bahawa mereka,   akan  menyerang habis-habisan, terutama di negeri yang ditadbir pakatan pembangkang.  Menarik sungguh ikhtizam Shahrizat.   Sebelum menyerang, eloklah bersikan tahi-tahi  lembu yang kini banyak  terpalit pada diri beliau.

Jika ingin menawan Pulau Pinang, UMNO/BN lupakan saja niat tersebut.  Pulau Pinang dibawah pentadbiran  Ketua Menteri Lim Guang Eng adalah mesra rakyat dan telah diterima rakyat. Ini adalah kenyataan.  Ada banyak perkara yang perlu difikirkan untuk menghantar panglima perang.

Satu perkara yang perlu ialah betulkan budak-budak UMNO Pulau Pinang.  Ajar mereka supaya  tidak biadap dan lebih bertamadun dan kikiskan budaya samseng yang mereka amalkan. 

Lihat video-video  klip yang banyak disiarkan di Youtube berhubung dengan cara mereka menonjolkan diri  menjadi hero untuk UMNO.  Budaya mana  yang diamalkan dengan menunjukkan kasut kepada Lim Guan Eng  iaitu seorang Ketua Menteri.

Isu-isu  kalut yang dihadapi oleh UMNO dan BN  belum boleh menarik nafas lega. Apa lagi tersebarnya video-video di internet. Pakatan Rakyat akan mempertahankan Pulau Pinang dari serangan  Datuk Seri Shahrizat dengan askar-askarnya.






No comments:

Post a Comment