IKLAN

Tuesday 20 March 2012

Datuk Seri Anwar Saman Utusan, S.Nallakaruppan RM100 juta

hostgator $0.01
Sesiapa saja  yang terkena tomahan terlampau akan mengambil tindakan mempertahankan dirinya.  Begitu juga apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh biseksual oleh S. Nallakaruppan  dalam satu sidang akhbar di pejabat Perkasa pada 19 Mac 2012.

Tidak sudah-sudah tohmahan dan fitnah digunakan oleh pihak-pihak yang bersungguh-sungguh untuk mematikan karier politik Datuk  Seri Anwar.   Dalam sidang akhbar yang dibuat oleh Nallakaruppan beliau mencabar Anwar supaya mengambil  tindakan terhadapnya.

Anwar telah menyifatkan tindakan Nallakaruppan tersebut adalah sebagai satu fitnah  bermotifkan  politik dan paling dahsyat ialah pelaporan  kewartawanan longkang.  Pemberitaan yang tidak jujur, tak seimbang dan tidak adil bagi poltik kerap dilakukan oleh media yang di bawah pengawalan BN.  Sehubungan dengan itu Anwar  tidak tunggu lama, melalui peguamnya pada 20.03.2012 telah mengemukakan notis kepada Utusan Malaysia dan Editornya menarik tohmahan dan permohonan maaf serta tindakan saman berjumlah RM100 juta.  Notis yang sama  juga dikemukakan kepada Nallakaruppan.

Ramai yang bersetuju tindakan yang diambil oleh Anwar sebenarnya adalah satu tindakan yang sungguh wajar.  Nallakaruppan sebenarnya telah digunakan  untuk  menambah  atau jadi mangkok tambah  kepada isu-isu  yang mengaitkan  Datuk Seri Anwar.   Sama saja apa yang dilakukan oleh Ezam Mohd  Nor  dulu yang secara terbuka memburukkan Anwar  dengan menyatakan bahawa beliau percaya Anwar Ibrahim seorang Peliwat. Dengan selamba sahaja tohmahan dan fitnah diucapkan orang yang bernama S.Nallakaruppan dan Ezam Mohd Nor dengan mengharapkan seluruh rakyat Malaysia mempercayainya. 

Orang-orang sebegini sebenarnya  adalah untuk mencari dahan rendang untuk survival mereka.  Mereka mencari tempat yang selamat.  Setelah  puas  mendendangkan lagu  untuk bosnya  dan dianugerah jawatan Senatorship, mereka akan melagukan lagi lagu fitnah sehingga  pilihan raya yang hampir ini. Tunggu!.

No comments:

Post a Comment