IKLAN

Tuesday 27 March 2012

Dr Hassan Ali Terperangkap Kenyataan Sendiri

hostgator voucher
Pada persidangan DUN Selangor minggu lalu, YB. Mohamed Azmin Ali membangkitkan mengenai pengubahsuai pejabat Datuk Dr Hasan Ali yang dibuat ketika beliau menjadi exco dua tahun lalu memakan kos berjumlah RM300,000. 

Sebagai reaksi kepada kenyataan Azmin tersebut Hassan Ali telah menjawab bahawa kos ubahsuai pejabat bagi dua exco lain adalah lebih tinggi berbanding dengan kos pengubahsuaian pejabat beliau.  Dari maklumat yang beliau terima  kos pengubahsuaian pejabatnya  adalah lebih rendah berbanding dengan kos pengubahsuaian pejabat exco lain seperti Dr Xavier (Jeyakumar) dan Dr Halimah (Ali).

Semalam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mendedahkan di sidang DUN Selangor bahawa perbelanjaan Hasan mendahului senarai, iaitu RM329,000 diikuti Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Rodziah Ismail (RM119,000).  Exco lain yang disenaraikan termasuk Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).

Penjelasan yang dibuat oleh Tan Sri Khalid telah menunjukkan siapakah Hassan Ali sebenarnya.   Apabila isu ini disebut oleh Azmin Ali, Dr. Hassan tanpa berfikir panjang bingkas menarik sama ADUN dan Exco yang membuat ubahsuai pejabat dengan mengatakan kos perbelanjaan yang dibuat adalah lebih tinggi daripada apa yang beliau belanjakan.  

Pendedahan Tan Sri Khalid menunjukkan kos ubahsuai pejabat Xavier Jeyakumar sebanyak RM70,000 manakala Dr. Halimah Ali tidak langsung mengubahsuai pejabat.  Dalam hal ini Hassan Ali tidak berbohong tetapi beliau membuat fitnah supaya rakyat Selangor mempercayai  apa yang beliau katakan itu adalah benar berdasarkan fakta.

Perbelanjaan yang dibuat oleh Hassan Ali tersebut tidak salah kerana telah diluluskan dan dibayar oleh Perbendaharaan Negeri.  Apa yang dipersoalkan ialah apabila Hassan menarik sama Adun dan Exco yang lain sebagai jalan untuk menjustifikasikan apa yang beliau lakukan. Ada faham. 

Kalau ada orang yang menyanjungi beliau kerana beliau seorang pejuang akidah,  inilah karektor sebenar Dr. Hassan Ali, Presiden JATI pejuang Islam, Melayu dan Raja (IMR).   Sabarlah.

No comments:

Post a Comment