IKLAN

Monday 5 March 2012

Mahathir: NGO Sokong Anwar Dibayar Oleh Amerika

Mahathir bercakap lagi dalam blog Chedet beliau.  Kali ini beliau menyatakan NGO-NGO yang menyokong Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar di bayar oleh Amerika Syarikat untuk gulingkan kerajaan Malaysia.  Beliau memberi contoh berhubung dengan tindakan Amerika di Asia Barat, Campurtangan  AS dalam gerakan untuk menjatuhkan kerajaan negara-negara yang tidak sebulu dengannya. 

Mahathir juga menyatakan dalam blognya,  NGO-NGO yang sedang menghasut dan memburukkan kerajaan supaya Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri tentu sekali mendapat bantuan kewangan  dan  media Amerika.  Mereka (NGO) digunakan bagi menjayakan ‘regime change” supaya Malaysia  menjadi alat kepada Amerika Syarikat.

Mahathir menyatakan lagi apabila Anwar berkuasa, Ketua Pembangkang itu akan menghalalkan sumua tuntutan NGO-NGO  termasuklah mengadakan hubungan diplomatic dengan Israel.

Itulah  tuduhan-tuduhan Mahathir melalui blognya.   Sebenarnya Mahathir sudah tidak mempunyai idea-idea yang bernas  untuk disumbangkan untuk rakyat Malaysia.  Cakap-cakap beliau diulang-ulang beberapa kali.   Jadilah seorang yang waras berpijak dibumi yang nyata.  Oleh kerana Anwar musuh nombor wahid beliau, maka Anwar akan kerap  menjadi sasaran beliau.   Kalau dilihat kepada kenyataan-kenyataan Anwar terhadap Mahathir, boleh dibilang.  Apa lagi kalau mengambilkira kezaliman yang diterima oleh Anwar.

Bercakap dan menuduh adalah satu tindakan yang sungguh mudah  dilakukan terhadap seseorang.  Tapi untuk membuktikan?   Rekalah apa-apa tuduhan dan fitnah  kalau Mahathir yang bercakap tidak akan orang mempercayainya.  

NGO-NGO yang memperjuangkan kebenaran  sebenarnya tidak menentang sesuatu yang baik dibuat oleh kerajaan, samada untuk kebajikan rakyat, kesetabilan politik  dan seumpamanya.  Tetapi apa yang dilakukan  oleh kerajaan kebanyakannya tidak telus.  Telunjuk lurus kelingking  berkait.  Suara NGO-NGO  tidak mahu didengar langsung walaupun  ada antaranya merupakan penentangan demi kebaikan rakyat.

Mahathir masih lagi mengaitkan Anwar dengan Israel.  Diulang lagi sehingga orang percaya.  Sebenarnya Mahathir yang mahu sangat hubungan dilomatik Malaysia dan Israel diwujudkan.  Lihat sahaja pada ketiga-tiga surat Mahathir kepada ketiga-tiga orang Perdanan Menteri  Israel, pengakhiran surat-surat tersebut  beliau menyebut  harapan beliau untuk wujudkan hubungan Malaysia dan Israel.

Sebenarnya apa yang dibimbangi oleh Mahathir ialah apabila Anwar berkuasa menjadi Perdana Menteri.  Beliau tidak pula menyebut nasib beliau sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri. Mahathir akan sentiasa bercakap bagi pihak BN.  Ambil saja contoh Lynas, beliau dengan gah menyatakan ianya tidak mendatangkan bahaya kepada orang ramai.  Spin dan putarlah, lihat apa akibatnya. Tunggu!

No comments:

Post a Comment