IKLAN

Monday 12 March 2012

Pujian Untuk Shahrizat Pemimpin Berjiwa Besar, Mulia

Banyak pujian-pujian yang diterima oleh  Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berikutan keputusannya meletakkan jawatan dari kabinet. Timbalan Perdanan Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap tidndakan Shahrizat tersebut membuktikan beliau seorang pemimpin berjiwa besar.

Sementara itu  Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mencabar pemimpin pembangkang yang 'dipalit' dengan pelbagai tuduhan sebelum ini supaya berundur seperti dilakukan Datuk Seri Shahrizat.

Tidak kurang juga kenyataan yang  datangnya daripada ahli akedemik. Pensyarah Program Hubungan Antarabangsa Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Yazid menyifatkan tindakan Shahrizat sebagai tepat dan mulia dan perlu diteladani oleh pemimpin-pemimpin.  Tindakan yang dibuat tepat pada masanya kerana ia akan memberi kesan positif kepada kerajaan dan UMNO pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, pemerhati politik, Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz menyifatkan tindakan Shahrizat itu adalah langkah terbaik dan menunjukkan beliau bertanggungjawab sebagai ahli politik. Bagaimanapun, lebih baik sekiranya beliau melepaskan semua jawatannya kerana isu NFC berkait dengan dirinya dan ia perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Untuk menjadi pemimpin Umno tidak perlu berjiwa besar. Perhatikanlah seseorang yang gagal dalam pilihan raya akan dilantik menjadi Senator dan seterusnya diberikan jawatan menteri seperti Shahrizat. Sesuatu tindakan yang mulia bukanlah membiarkan perkara yang dihadapainya (NFC) berlarutan sehinggakan tidak dapat dibendung lagi.  Memang biasa pada Umno apabila menterinya terlibat dengan sesuatu skandal yang melibatkan kerajaan atau Umno, kalau ada ruang untuk ditutup akan cuba dilakukan.  Diberi sanjugan mulia apabila empunya badan meletak jawatan.  Kalau Shahrizat berjiwa besar beliau seharusnya juga melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO.  Sekiranya jawatan Ketua Wanita ini  tidak dilepaskan  mungkin membawa kemusnahan kepada barisan UMNO dan Barisan Nasional.

Cabaran Hishamuddin yang mahukan supaya pemimpin pembangkang yang menerima pelbagai tuduhan supaya berundur amat lucu.   Hishamuddin masih buat tak faham.  Apa yang dialami oleh pemimpin pembangkang adalah berbeza.  Tidak sama antara fitnah dan tuduhan.  Sehingga ada juga yang mengaitkan dengan  Datin Seri Wan Azizah  kenapa tidak meletakkan jawatan semasa Datuk Seri Anwar dipenjara dahulu.  Hishamuddin harus ingat, desakan demi desakan dari pelbagai sudut diterima Shahrizat supaya beliau meletakkan jawatan.   Selesakah beliau berada dalam kabinet?

Biar pun  pujian melangit diterima  Shahrizat, yang penting rakyat ingin tahu sungguhpun suaminya Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohd Salleh Ismail telah dipertuduh  kerana pecah amanah (CBT), bagaimanakah pula kedudukan pinjaman RM250 juta dan projek tersebut? Tunggu!

No comments:

Post a Comment