IKLAN

Thursday 22 March 2012

Datuk Kamalia Minta Shahrizat Lepas Ketua Wanita UMNO

hosting coupon webpage
Semasa perhimpunan Wanita UMNO 2011, isu NFC yang melibatkan keluarga Datuk Shahrizat cukup hangat diperkatakan oleh masyarakat Malaysia dan ahli-ahli UMNO.  Semasa perhimpunan tersebut riuh-rendah  dewan apabila Shahrizat menyinsing lengan khusus ditujukan kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR.

Di luar perhimpunan UMNO,  banyak suara meminta Shahrizat meletakkan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dipegang oleh Shahrizat.  Antaranya YB Bong Mokhtar, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa, Tan Sri  Rafidah Aziz.  Selepas Perhimpunan UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Kamalia Ibrahim juga menyuarakan supaya Shahrizat meletak jawatan.  

Kerana desakan maka Shahrizat telah mengumumkan  melalui satu sidang akhbar bahawa beliau meletak jawatan menteri berkuatkuasa pada 8 April 2012 iaitu tamat tempoh perkhidmatan senator beliau. Pengumuman Shahrizat tersebut meletak jawatan menteri ada yang menganggapnya bukanlah satu peletakkan jawatan sebenar.  Ini kerana senatorshipnya tamat pada April 2012. Bermakna apabila senatorship tidak disambung secara otomatik jawatan menteri yang dipegang turut lupus.  

Rafidah juga yang merupakan bekas Ketua Wanita UMNO mempertikai  tindakan Shahrizat dan meminta Shahrizat melepaskan jawatan dalam parti.

Permintaan supaya Shahrizat melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO timbul lagi berikutan kenyataan  Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamalia Ibrahim yang jelas tidak tertahan lagi menanggung malu apabila  Ahli Wanita UMNO yang turun keakar umbi digelar sebagai ‘Lembu’.  Oleh itu menurut Kamalia  beliau telah mendesak agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan. Perletakan jawatan menteri oleh Shahrizat setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga bersekali dengan kepimpinannya dalam Wanita Umno dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

Dalam banyak suara yang meminta Shahrizat melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO, simpati dan sokongan terhadap Shahrizat turut mengambil tempat. Ketua Wanita Umno Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata, semua pemimpin Wanita Umno perlu terus memberi sokongan padu kepada Shahrizat walaupun digelar wanita lembu.  Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiah Raja Abdullah tetap menyokong Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO.  Ropiah juga menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga meminta wanita UMNO  menyokong Shahrizat dalam satu perjumpaan Wanita Selangor dengan Najib di Putrajaya. Tengku Adnan, Setiausha Agung UMNO telah menempelak Kamalia yang mendesak Shahrizat meletak jawatan.

Inilah dia  parti UMNO yang akan membela habis-habisan terhadap ahli partinya yang terkait dengan sesuatu isu besar yang boleh menjatuhkan imej parti. Memang benar  kata-kata Kamalia tak cukup dengan hanya meletak jawatan menteri dan sepatutnya bersekali dengan perletakkan jawatan parti.  Sebagai Ketua Wanita UMNO, Shahrizat juga adalah sebagai Ketua Wanita Barisan Nasional (BN). Tak secara langsung parti-parti  komponen BN juga terpalit sama dalam isu NFC.  Pernah penulis berbual dengan seorang Setiausaha Bahagian Parti Gerakan di salah satu Bahagian di Kuala Lumpur yang menyatakan dukacitanya untuk turun padang berjumpa ahli-ahli parti kerana akan ditanya kedudukan lembu NFC.  Itu wang berniaga lembu punya, beli banyak kondo boleh kah?. Apa mau cakap?

Shahrizat hanyalah wakil rakyat yang kalah di Lembah Pantai bertanding dengan  Nurul Izza (PKR) telah  diberi talian hayat dilantik sebagai senator bagi membolehkan beliau memagang jawatan menteri.  Pada masa itu Shahrizat mungkin dilihat sebagai winnable candidate BN di Lembah Pantai.  Tetapi tidak juga menang. Kalau duduk dalam UMNO kalah dan tak terpilih tetap akan dilantik menjadi menteri.  Ikan sudah busuk di kepala. Ambillah satu tindakan yang terbaik. 

No comments:

Post a Comment