IKLAN

Friday 9 March 2012

Tiada Sebab Rakyat Tidak Memilih BN Dalam PRU Ke-13


hostgator coupon page
Kuala Pilah 9 Mac 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada sebab bagi rakyat untuk tidak memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Ini kerana sejak 54 tahun lalu kerajaan BN yang telah terbukti membela dan mensejahterakan rakyat.  Kata Muhyiddin kerajaan BN telah membina banyak kejayaan dan kemajuan, hasil kerjasama yang baik antara rakyat dan pemimpin selain direstui oleh Allah SWT.

Beliau percaya pada ketika ini penting sama-sama merenung sejenak mengapa pemilihan sesebuah kerajaan atau parti  pada pilihanraya akan datang.  Pada masa sama kita harus menilai adakah parti dan kerajaan yang dipilih itu kelak mampu memikul amanah, menjaga masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Kita akui memang ada beberapa perkara yang telah dibuat oleh Umno/BN untuk negara ini tetapi kebanyakannya hanyalah kosmetik sahaja.  Sejak lama sudah bermula daripada pimpinan Tun Mahathir, Abdullah Ahmad Badawi dan kini Dato’ Seri Najib, apa yang dibuat hanya melepaskan batuk ditangga sahaja. 

Dasar Ekonomi Baru (DEB)  yang diperkenalkan adalah untuk membantu bumipurta.  Perancangan selama 20 tahun (1970 hingga 1990) mensasarkan pemilikan saham bumiputra dalam syarikat Terhad sebanyak 30 peratus.   Pencapaian sekarang sehingga kini sudah 42 tahun hanya sebanyak 17 peratus tiada peningkatan.

Itu baru  isu pegangan bumiputra. Tanah-tanah kepunyaan orang Melayu juga banyak sudah tergadai oleh puak-puak Umno.  Sekarang mereka sedang berusaha pula  siang dalam malam bagi mendapatkan tanah orang Melayu  Kampong Baru, Kuala Lumpur dengan alasan pembangunan. 

Kita faham sesuatu rancangan projek yang dibuat sebenarnya bukan secara jujur sebagai satu pembangunan, tetapi ianya adalah untuk membahagi-bahagikan ‘percent” untuk mengisi perut mereka dan kroni-kroni pilihan.  Sebagai contoh satu projek yang diperolehi kroni dan  gagal akan digantikan lagi satu kroni yang lain. Akibatnya nilai sesuatu projek berkenaan menjadi berlipat ganda dari harga asal.

Memperkenalkan PTPTN kepada pelajar sebagai pinjaman pelajaran adalah sebagai satu beban.  Akhirnya pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN yang baru melangkah ke alam pekerjaan terpaksa memulakan penghidupan dengan membayar hutang sepanjang hayat.
Keadan rakyat sama sahaja, yang miskin tetap miskin dan kaya bertambah kaya.  Sebenarnya rakyat tidak marah sangat dengan parti Umno tetapi pemimpin-pemimpinnya yang menyalahguna kuasa dan rasuah.  

Lihat sahaja apa yang dibuat oleh Najib menggunakan dana negara, kebanyakan adalah untuk diri sendiri. Sebagai contoh pembayaran wang kepada BBC untuk mempromosi diri, pembayaran kepada Apco dan baru-baru ini terbongkar pula pembayaran wang dari Jabatan Perdana Menteri untuk majlis pertunangan anaknya Najwa. Kenalkan apa sahaja transformasi. Keadaan negara dan hidup rakyat tetap tidak berubah. Kenaikan harga barang yang ketara sungguh membebankan.

Sebagai menjawab kepada pernyataan Muhyiddin tersebut, rakyat ada sebab untuk tidak memilih  Baraisan Nasional.  Bagaimanakah untuk membuang pemimpin yang ada.  Rakyat tiada pilihan, hanya menolak BN baru boleh menolak pemimpian.

Banyak kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh Umno dan Barisan Nasional.  Kata Muhyiddin “tak perlu disenaraikan kesalahan masa lampau”.  Sebenarnya sekarang ini lagi banyak dan ketara. Tiada cara lain yang lebih mudah melainkan tidak memilih BN dalam pilihan raya ke-13 yang akan datang.

Kata Muhyiddin banyak kejayaan dan kemajuan, hasil kerjasama yang baik antara rakyat dan pemimpin selain direstui oleh Allah SWT.   Sepatutnya semoga direstui oleh Allah SWT. Tunggu!

No comments:

Post a Comment