IKLAN

Friday 30 March 2012

Calon Boleh Menang BN Bolehkah Mendapat Sokongan

Ping Blog
UMNO sekarang dalam keadaan bimbang  menjelang pilihan raya ke 13.  Tarikh pilihan raya tetap menjadi rahsia besar (top secret) pada diri Najib sendiri. Pemilihan calon-calon bagi UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional amat merisaukan Najib.

Pada Perhimpunan  Agong UMNO November 2011 yang lalu Najib mengumumkan bahawa pemilihan calon-calon  Barisan Nasional dalam pilihan raya ke-13 akan datang berdasarkan kepada calon boleh menang atau winnable candidates.  

Berbagai reaksi ahli-ahli UMNO dan ahli parti-parti komponen BN berhubung dengan mauduk ini.  Menurut Najib   pemilihan calon boleh menang tidak semestinya terdiri daripada ahli parti yang memegang jawatan diperingkat Bahagian, ahli parti tidak memegang jawatan tetapi dikenali ramai atau kalangan profesional yang terdiri daripada ahli parti dan memungkinkan memberi kemenangan kapada BN akan diketengahkan sebagai calon boleh menang.

Janji BN ialah akan memilih  calon terbaik dan berkualiti dan dapat berkhidmat kepada rakyat. Tetapi apa yang berlaku ada kalangan wakil rakyat baik Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negeri  boleh dihitong turun padang bertemu dengan penduduk di kawasan mereka.  Untuk  melihat muka mereka di Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan jarang sekali.  Memang benar kata perpatah dalam setandan kelapa terdapat sebiji dua kelapa komeng.   Tetapi yang dapat kita saksikan  ialah semua setandan kelapa BN tersebut ialah kelapa komeng.

Pilihan raya yang  hampir memperlihatkan ramai daripada mereka  telah mula pasang kabel, menonjolkan  diri melobi, menunjukkan prestasi kerja yang baik dengan hasrat terpilih menjadi calon.  Najib sangat bimbang sekiranya pencalonan  telah diumumkan  maka akan terdapat perkara-perkara yang tidak diingini seperti mempertikaikan pemilihan calon tersebut dan berlakunya tindakan sabotaj secara halus oleh ahl-ahli yang tidak berpuas hati kerana calon mereka tidak terpilih atau sabotaj daripada individu yang tidak terpilih.

Sekarang pucuk pimpinan UMNO sedang berusaha mengingatkan ahli-ahli parti supaya mengembeleng  kekuatan dan bekerja keras bagi mencapai satu matlamat iaitu kemenangan.  Jangan  boikot-memboikot, menutup bilik gerakan atau tidak pergi mengundi.

Bolehkan UMNO/BN  mencapai matlamat untuk meminta ahli-ahli berkorban dan memberi tumpuan kepada calon yang telah dipilih oleh  pucuk pimpinan?  Apabila calon boleh menang dipilih,  ahli parti  tetap beranggapan calon-calon tersebut adalah terdiri daripada orang-orang Najib.  Ini kerana hanya Najib penentu kepada pemilihan calon-calon berdasarkan kepada senarai calon-calon yang dipersembahkan kepadanya. Samalah apa yang berlaku dalam pilihan raya Ke-12 dahulu semasa  BN diterajui oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Parti-parti  komponen BN juga merasa bimbang.  Mereka mahukan formula pemilihan calon yang sedia ada digunapakai dan dikekalkan. Pucuk pimpinan merasakan perkara ini bukan satu perkara yang besar.

Bolehkah  calon-calon boleh menang pilihan Najib mendapat sokongan dan seterusnya mencapai kemenangan?. Jika diperhalusi terdapat ramai yang tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas beberapa sebab.  Najib bukan Perdana  Menteri yang dipilih atau mendapat mandat rakyat, beliau sekadar mengisi kekosongan jawatan apabila Tun Abdullah melepaskannya. 

Di kalangan orang  dalaman UMNO sendiri kadang-kadang mengeleng kepala di atas cara dan tindak-tanduk  Najib menyelesaikan sesuatu isu negara. Isu NFC  yang belum pun reda  terpancut pula isu  lembu (NFC)  baru yang akan ditenderkan.  Ini yang menjadi persoalan dikalangan orang ramai.

Walaupun tarikh pilihan raya ke-13 adalah rahsia Najib, ada juga yang menjangkakan ianya akan diadakan pada Jun 2012 ini.  Pada penulis pilihan raya  berkemungkinan akan diadakan padan Februari 2013 .  Ini  kerana  banyak isu-isu yang dihadapi belum pun  berpeluang untuk dijawab.  Mungkin Najib menunggu sokongan rakyat  mencapai  ratio  60:40 sebagai signal untuk beliau  umumkan pilihan raya. Tunggu!

No comments:

Post a Comment