IKLAN

Monday 26 March 2012

Kenyataan Pemimpin Pakatan Rakyat Biar Sama Dan Sepakat

article hostgator coupon
Banyak kenyataan pemimpin-pemimpin parti komponen dalam Pakatan Rakyat bercanggah dengan  kenyataan-kenyataan  samada di dalaman parti atau antara parti-parti komponen.  Ini seolah-olah memberi gambaran terdapat beberapa komflik yang berlaku dalam Pakatan Rakyat.

Sebagai contoh isu hubungan dan kerjasama dengan Yahudi.  Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam kenyataannya menyebut sebarang bentuk kerjasama dengan Yahudi di Israel adalah haram di sisi agama Islam walaupun sebahagian mereka tidak berfahaman Zionis.  

Kenyataan Harussani tersebut sebagai mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pendirian Pas menyokong mana-mana pihak termasuk umat islam  iaitu kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.

Kemudian dilaporkan pula dalam akhbar Utusan, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dilihat bercanggah pendapat dengan Haji Hadi dan Nik Aziz. Beliau secara tegas menyatakan adalah haram untuk berurus niaga dengan Yahudi tanpa mengira fahaman yang mereka anuti termasuk Zionis.

Kenyataan yang bercanggah tersebut nyata menunjukkan ketidaksefahaman antara pemimpin dalaman PAS sendiri.

Dalam isu yang lain pula ialah berhubung dengan agihan kerusi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang melibatkan kerusi PKR dan DAP.  Isu ini ditimbulkan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berhubung dengan tuntutan DAP yang mahukan kerusi yang dimenangi oleh PKR pada PRU 12 diberikan kepada DAP.   

Begitu juga sebaliknya PAS mahukan kerusi PKR yang berpotensi untuk dimenangi oleh mereka.  Begitu juga PKR mahukan beberapa buah kerusi PAS  bagi Parlimen dan DUN  di Terengganu.

Kenyataan tentang beberapa isu  samada remeh atau besar jangan  dibiarkan menjadi paparan didada akhbar samada akhbar tajaan UMNO atau akhbar parti Pakatan Rakyat.  Biarlah isu ini berada didalam kamus  Pakatan Rakyat dan tidak dimuntahkan keluar  bagi diambil kesempatan diputarbelitkan oleh media UMNO.

Banyak sudah pertikaman lidah antara pemimpin Pakatan Rakyat dengan isu-isu berkaitan parti telah  diputarbelit oleh pelbagai pihak.  Ini adalah satu pengajaran yang harus  kita lihat secara serius.  Sesungguhnya sebagai langkah yang lebih baik, berhati-hatilah mengeluarkan kenyataan yang berisiko.

No comments:

Post a Comment