IKLAN

Sunday 4 March 2012

Maafkan Kami



Semasa Dato' Seri Najib turun padang di Kedah, beliau telah memohon maaf kepada rakyat Kedah.  Beliau insaf dan akui kesilpan-kesilapan kerajaan UMNO/BN sehingga menyebabkan Kedah kalahan dalam pilihan raya 2008.

Ini adalah satu sejarah yang patut dicatatkan kerana sepanjang 54 tahun Perikatan/BN berkuasa baru sekarang sedar  akan kesilapan-kesilapan  dan meminta maaf.  Kenapa baru sekarang?. Permohonan maaf itu sebenarnya ada makna.  Pilihan raya sudah dekat menunggu.  

Apa yang menjadi persoalan ialah selepas meminta maaf kepada rakyat Kedah dalam kesempatan ini dicacinya pula parti-parti PAS, PKR dan DAP dengan perlbagai gelaran. Jelas sungguh mulut yang menutur meminta maaf tersebut jadinya tidak ikhlas.

Dato' Seri Najib memang pandai berlakun.  Lihat saja mimik mukanya, intonasi suaranya serta lenggok badannya  (body language) ketika menuturkan sesuatu.  Justeru itu  janganlah termakan dengan pujuk rayu permohonan maaf  Najib tersebut.  Sebenarnya UMNO/BN sedang mencapai apa saja asalkan selamat daripada lemas. 

MAAFKAN  KAMI


                                   P. Ramlee.   Filem Pendekar Bujang Lapuk

No comments:

Post a Comment