IKLAN

Sunday 25 March 2012

Perang Nuklear Terhadap Anwar Ibrahim


good discount
Belum pun lekang tuduhan S. Nallakaruppan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual dalam sidang  medianya di pejabat Perkasa, pada hari ini 24.02.12 satu sidang akhbar bersama pula dibuat lagi oleh Senator Ezam Mohd Nor, Ummi Hafilda dan Anuar Shaari yang tampil membuat beberapa tuduhan terhadap Anwar Ibrahim disamping  sebagai sokongan kepada S. Nallakaruppan.

Ezam Mohd Nor mempertikai keengganan Anwar membersihkan diri daripada segala tuduhan  perlakuan tidak bermoral membuktikan Anwar sebenarnya seorang pengamal homoseksual.

Ummi Hafilda pula telah mengisytiharkan perang nuklear terhadap Anwar dan akan mendedahkan habis-habisan lebih banyak lagi aktiviti tidak bermoral yang membabitkan Anwar dalam biseksual dan juga hubungan Anwar dengan Shamsidar  iaitu isteri Azmin Ali. Dengan pendedahan yang dibuat akan menyebabkan Anwar dan Azmin ‘lari tak cukup tanah’. Pendedahan-pendedahan tersebut  akan dibuat oleh Ummi apabila saja pengumuman tarikh pilihan raya akan datang dibuat.

Nama Ezam, Ummi Hafilda, Nallakaruppan, UMNO, sex-sex timbul lagi dan akan diputar (spin) oleh akhbar-akhbar pujaan musim baru bersiri bagi memburuk-burukkan  Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya ke-13.  Inilah tanda-tanda tarikh pilihan raya semakin hampir yang akan diumumkan oleh PM Najib dan tidak menjadi rahsia lagi.

Tuduhan-tuduhan Anwar sebagai pengamal homoseksual, biseksual, Anwar perlaku video lucah, Anwar sokong Israel, Anwar agen Amerika, Anwar penyokong kepada gay dan sebagainya akan diulang tayang (replay). Itulah janji dan sumpah mereka.  Ummi Hafilda telah membuat sumpah laknat, yang belum bersumpah ialah Ezam dan Nallakaruppan.

Ezam dan Nallakaruppan adalah Senator yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional selepas mereka keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga selepas mereka cukup kouta menyelak dan menyalak dan memfitnah bagi pihak UMNO.  Mereka umpama berlari ‘passing baton’  berganti-ganti seorang demi seorang mengeluarkan hadis-hadis  yang dikatakan sahih khusus untuk ditujukan kepada Anwar Ibrahim.

Tidak langsung ada dihati mereka perasaan insaf.  Tidak langsung terfikir akan mereka sekiranya perkara yang sama melibas ke atas diri mereka jika mereka juga akan difitnah orang.  Dapatkah digambarkan sekiranya Pakatan Rakyat diizinkan Tuhan berkuasa di Putrajaya,  sudah tentu mereka lari tidak menjejak  tanah. Insaflah.

No comments:

Post a Comment