IKLAN

Saturday 17 March 2012

Dewan Kecoh Tajuddin vs Salahudin Fasal Tomyam?


new hostgator coupon 
16 Mac 2012.  Dewan Rakyat kecoh lagi apabila berlaku perbalahan  antara penyokong kerajaan dan pembangkang  berikutan kenyataan  oleh Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak)  berhubung dengan  kegagalan kerajaan Pas Kelantan memberi peluang perniagaan kepada rakyatnya menyebabkan peniaga termasuk peniaga tomyam dari Kelantan berhijrah ke negeri lain termasuk Perak untuk berniaga.  

Salahudin Ayub (Pas-Kubang Kerian) menganggap kenyataan Tajuddin  tersebut menghina peniaga tomyam, lalu mengaitkan  isu peniaga tomyam dengan perkhawinan anak Tajuddin sebelum ini. Ini menyebabkan  Tajuddin berang dan mencabar supaya tidak membuat tuduhan peribadi beliau  dan keluarganya.

Kita setuju dengan  Tajuddin, isu peribadi seseorang jangan disentuh dalam perbahasan. Tajuddin tidak menghina peniaga tomyam tetapi  beliau menghina  kerajaan Pas Kelantan yang dikatakan gagal memberi  peluang perniagaan kepada rakyat Kelantan mentelah lagi Kelantan telah dianggap negeri termiskin di Malaysia oleh bosnya Najib.

Menyatakan kerajaan Kelantan tidak menyediakan tempat perniagaan adalah tidak benar.  Kerajaan Kelantan tidak pernah melupakan tanggungjawab untuk rakyatnya. Rakyat Kelantan adalah kalangan yang rajin berusaha jika dibandingkan dengan rakyat di lain-lain negeri di Malaysia.  Rezeki  ada di mana-mana, jika ada peluang  walau pun di luar Kelantan mereka akan keluar berdagang.

Jangan menganggap di negeri Kelantan sahaja tiada peluang perniagaan, rakyat di negeri negeri-negeri lain juga keluar mencari nafkah di luar negeri mereka. Apakah kerajaan Perak  sebelum rampasan kuasa,  kemudian  merampas kuasa telah cukup menyediakan peluang perniagaan kepada rakyatnya.  Bagaimana pula rakyat Sabah dan Sarawak yang ramai berhijrah di Semenanjung?.  Adakah kerajaan di negeri tersebut menyediakan peluang pekerjaan dan juga peluang perniagaan kepada rakyatnya?. Sendiri mau ingatlah.

Tajuddin mungkin tersilap, bukan semua yang berniaga  tomyam di luar Kelantan tersebut adalah rakyat Kelantan.  Terdapat juga antaranya ialah masyarakat Patani dari Selatan Thailand yang turut sama mencari rezeki di tempat orang.  Cuba Tajuddin turun mencemar duli ke Kampong Gajah, Cangkat Lada atau sekitar kawasan Parlimen Pasir Salak (tempat beliau)  adakah semuanya terdiri daripada orang Kelantan  atau orang Patani yang berniaga Tomyam.

Janganlah mengambil kesempatan memburuk-burukkan  kerajaan Kelantan kalau sekadar untuk menaikkan KPI diri sendiri kalau-kalau disenaraikan semula sebagai calon boleh menang atau winnable candidate BN bagi Kawasan Parlimen Pasir Salak dalam pilihan raya Ke-13 akan datang. Cukuplah. Tunggu!.

No comments:

Post a Comment