Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Wee Ka Siong menyatakan beliau telah dipukul semasa
perjumpaan perhimpunan membantah kekurangan guru pendidikan Cina yang dianjurkan
oleh Kumpulan Pendidikan Cina Dong Zon pada 25 Mac 2012. Dalam perjumpaan tersebut semasa datang dan
keluar daripada perhimpunan tersebut beliau sentiasa diiringi oleh pihak
keselamatan dan anggota polis. Kehadiran Wee selaku Menteri Pelajaran dan
pemimpin MCA di ‘boo’ oleh peserta perhimpunan.
Apabila terlalu lama bergaul dengan UMNO, kalau tak banyak
sedikit dapat juga Wee belajar beberapa tektik UMNO. Teringat pula pada 3 Okt 2009 semasa penamaan
calon pilihan raya kecil di Bagan Pinang
di Dewan Majlis Perbandaran Port Dicksons Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua
Putera UMNO mendakwa telah ditumbuk
beberapa kali oleh penyokong PAS tetapi ini telah dinafikan oleh Timbalan Presiden
PAS, Salahuddin Ayub. (Lihat gambar)
Berikutan berita dikatakan Azeez kena pukul, media UMNO telah mencanangkan
berita tersebut dengan berita bergambar Azeez terlantar di hospital dengan
lehernya berbalut. Inilah ilmu yang
diserapkan oleh Wee Ka Siong untuk memberitahu rakyat Malaysia.
Dengan ‘boo’
yang diterima oleh Wee, parti MCA harus sedar bahawa parti politik MCA sudah jauh ditinggalkan.
Dalam senario sekarang masyarakat Cina tidak lagi bergantung harap kepada MCA
mahupun Gerakan. Pandangan mereka jelas ke arah DAP.
No comments:
Post a Comment