IKLAN

Tuesday 6 March 2012

Sisa Lynas Dipindah - Selamatkah Rakyat




Adakah Lynas selamat?   Dato’ Seri Najib dalam kenyataannya menolak kebimbangan yang dibangkitkan oleh peserta demonstrasi anti- Lynas dengan menegaskan loji pembersihan nadir bumi bernilai RM700 juta di Gebeng,  Kuantan adalah selamat dari segi fakta dan saintifik.

Laporan  Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) merumuskan kilang nadir bumi Lynas Corporation Ltd di Gebeng, Pahang, selamat tetapi Lynas perlu melakukan penambahbaikan terhadap beberapa aspek teknikal sebelum meneruskan operasi ke peringkat seterusnya. Bagi IAEA mereka tidak menemui sebarang "ketidakpatuhan piawaian keselamatan radiasi antarabangsa" dalam projek itu. 

Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan  menyatakan risiko  pada aras yg terlibat dengan dos sinaran pada aktiviti seperti Lynas, terlalu rendah.  Loji Lynas bukan loji nuclear  sebagai mana dituduh.

Dr Che Rosli Che Mat, Saintis Nuklear/Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor pula  mengatakan bahawa Lynas bukan  loji nuclear,  dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah kadar radiasinya umpama lombong bijih. 

Sementara itu Maximus Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan sisa air yang dihasilkan dari aktibiti Lynas adalah selamat.  Datuk Seri Adnan, Menteri Besar Pahang pula mengandaikan bahaya Lynas macam asap rokok saja.

Baru-baru ini muncul kenyataan yang menjadi persoalan.  Dato’ Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan mencadangkan suapaya sisa radioaktif dihantar balik ke Australia selepas diproses di kilangnya di Gebeng.

Dato’ Seri Najib  pula dalam kenyataan terbarunya  menyebut Lynas mestilah membuang jauh  sisa-sisa lojinya yang mengandungi radioaktif  dari  kawasan penempatan penduduk, tetapi masih dalam negara. 

Pada 6 Mac 2012  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamad menyatakan bahawa pihak Lynas telah bersetuju menghantar sisa nadir bumi dari loji Lynas di Gebeng  ke luar negara.  Lynas memberi jaminan secara bertulis kepada kerajaan yang mereka akan mematuhi syarat yang dikenakan terhadap syarikat semasa pengeluaran lesen operasi sementara oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB).

Pernyataan  bahawa loji Lynas di Gebeng  adalah selamat hanya untuk meredakan keadaan.  Sebenarnya dunia sedang memerhatikan perkembangan Lynas di Malaysia.  Walau daerah mana sekali pun sisa ini ditempatkan, risikonya tetap ada. 

Persoalan lain yang timbul jika ia akan dihantar ke luar negara  (cadangan ke Australia) bolehkah dilakukan?. Bukankah menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang antarabangsa bahawa  memindahkan sisa  bahan merbahaya keluar dari sempadan antarabangsa.

Kerajaan Australia sebenarnya tidak membenarkan Lynas memproses nadir bumi di buminya. Inikan pula menerima sisa radioaktif.  Lihat saja kenyataan  Kerajaan Australia Barat melalui Menteri Perlombongan dan Petroleum, Norman Moore “his Government would NOT accept any radioavtive waste from another country including that generated by Lynas”. Ada faham.

Manusia dan orang yang pakar memberitahu Lynas selamat. Manusia merancang tetapi Allah berkuasa menentukan.   Lihat saja apa yang berlaku kepada kilang kimia Mitsubishi di Bukit Merah?  Sama juga apa yang berlaku kepada stesyen janakuasa  loji nuclear di Fukushima, Jepun yang mengalami keocoran radiasi akibat tsunami Mac 2011?.

Ngo-Ngo yang bergabung dalam Himpunan Hijau 2.0 yang lalu sebenarnya adalah mewakli suara rakyat.  Mereka mahukan rakyat Malaysia selamat dari malapetaka. Kerajaan Malaysia tidak dapat apa-apa hasil cukai  (dikecualikan cukai) selama 12 tahun hasil daripada operasi Lynas. Lynas  mendakwa akan menjana pendapatan eksport  setahun berjumlah RM8 billion.

Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment