IKLAN

Wednesday 14 March 2012

Kepimpinan Melalui Teladan. Bolehkah Dicontohi?

hostgator coupon free
Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia bermula dari Tun Mahathir yang mula memegang jawatan, akan memperkenalkan slogan-slogan dalam pentadbiran mereka masing-masing.  Tun Mahathir antaranya memperkanalkan “Kepimpinan Melalui Teladan”, Tun Abdullah dengan Islam Hadhari.  Terkini Dato’ Seri Najib dengan Gagasan “1 Malaysia” dan Islam Wasatiyyah.

Kesemua slogan-slogan yang  diperkenalkan  adalah bertujuan mendidik masyarakat dalam bernegara.  Kesemua slogan-slogan tersebut memang ada tujuan yang baik.  Walaubagaimana pun penerimaan rakyat sudah tentu ada pro dan sebaliknya.  Mereka juga mahu pemimpin yang memperkenalkan slogan mereka mempraktikkan juga pada diri mereka sendiri disamping berharap akan diikuti oleh orang ramai.

Kepimpinan Melalui Teladan yang diperkenalkan Tun Mahathir nampaknya tidak menjadi kenyataan.  Peribadi dan tingkahlaku pemimpin-pemimpin yang ada tidak langsung boleh dicontohi dan diteladani oleh orang bawahan atau orang kebanyakan.  Pernah juga kita dengar orang berkata “pemimpin pun sama juga, cakap tak serupa bikin, flip flop".

Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah tidak didengari lagi samada ia berkubur tanpa tanda atau dibawa pergi bersamanya.

Kini diperkenalkan pula gagasan 1Malaysia – rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Gagasan 1Malaysia diperkenalkan adalah untuk menjadikan masyarakat Malaysia bersatu padu, berharmoni dan menjadikan kerajaan efisen dan cekap. Seluruh tenaga dikerah untuk menjayakan konsep 1Malaysia. Sayang amalan rasis Umno masih tebal.  Dihadapan masyarakat India berkata lain, depan masyarkat Cina lu cakap lain dan di depan orang Melayu lain nadanya.

Najib juga mahu dilihat keislamannya.  Beliau telah memperkenalkan pula Islam Watasiyyah.  Jika dilihat daripada pengertian Watasiyyah bermaksud, kesederhanaan, seimbang dan terbaik.  
  
Sebagaimana yang telah diperjelaskan, Najib yang memperkenalkan Watasiyyah tersebut tidak langsung menyerapkan konsep tersebut ke dalam dirinya. Dimanakah kesederhanaan beliau. Menggunakan  wang kerajaan untuk faedah dirinya.  Membelanjakan sebanyak  RM400,000 untuk majlis pertunangan anaknya dan membelanjakan sebanyak RM80,000    untuk majlis sambutan harijadi beliau.  Kesemua perbelanjaan tersebut dikatakan ditanggung oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM). 

Apa yang dibentangkan tadi agar rakyat dapat melihat  bahawa inilah bentuk pemimpin-pemimpin  kita yang tidak langsung boleh dicontohi dan diteladani. Berubahlah.  Tunggu!

No comments:

Post a Comment