IKLAN

Sunday 11 March 2012

Prof. Ramlah Adam Minta Najib Adakan Pilihan Raya Segera


hostgator coupon page

Bersuara lagi ahli-ahli  akedemik bagi  mencari ruang  kalau-kalau dipilih menjadi calon boleh menang.  Mereka menyuarakan pendapat supaya Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen dan seterusnya mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.  Beberapa penganalisis berpendapat waktu terbaik untuk  PRU ialah pada bulan Mei dan Jun tahun ini.  Ini berikutan sokongan rakyat yang semakin meningkat hasil pelbagai program tranformasi.

Penganalisis politik, Prof Datin Paduka Dr Ramlah Adam, berkata, Perdana Menteri tidak harus melengahkan pembubaran Parlimen dalam waktu terdekat bagi memastikan momentum sokongan kepada kerajaan pimpinannya tidak merudum selepas mencapai kemuncak sokongan rakyat ketika ini.

Prof-prof  boleh saja bagi pendapat, tetapi tahukah mereka bahawa  apa yang ada di fikiran Najib?. Perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat dari kabinet tidak  langsung memberi kesan menaikkan sokongan rakyat.  Ada banyak lagi isu-isu negara dan  dalaman parti UMNO menanti yang tak cukup tangan untuk dikemudikan oleh Najib. Dato’ Seri Najib sendiri telah memberi amaran suapaya melapor kepadanya perkara sebenar walaupun yang buruk (mendukacitakan) supaya dapat dibuat penilaian.

Yang mana satukah isu yang hendak dicapai oleh Najib. Dari  isu ke satu isu timbul berhubung dengan pimpinannya dan juga dirinya. Sehari dua ini timbul pula isu penggunaan wang kerajaan bagi pembiyaan   majlis pertunangan anaknya Najwa berjumlah RM409,767. Ini  berdasarkan tuntutan bil Hotel Shangri la kepada Pejabat Perdanan Menteri Malaysia sebagaimana didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Pembatalan sistem gaji Saraan  Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengekalan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan penambahbaikan juga tidak memastikan sokongan penjawat awam bertambah.  Mentelah  ianya belum diimplimintasikan lagi.

Perkara yang paling dikhuatiri  oleh Najib adalah berhubung dengan pemilihan calon-calon Barisan Nasional untuk pilihan raya akan datang.  Najib telah mengariskan dan meminta ahli berkorban menerima calon-calon pilihan pucuk pimpinan yang mahukan calon boleh menang atau winnable candidate.  Jika tersalah pilih, harapkan kemenangan menjadi sebaliknya.  Kebimbangan calon pilihan disabotaj perlu juga diambil kira. Pening betul.

Isu-isu lain yang menunggu tidak perlu disenaraikan.  Banyak lagi samada melibatkan BN, UMNO, negara dan juga berhubung hal peribadi Najib dan keluarganya sendiri.  Sebab itulah Dato’ Seri Najib belum dapat ilham lagi (mengambil kata-kata Tun Abdullah)  untuk membubarkan parlimen supaya pilihan raya diadakan.

Benarkah sokongan rakyat telah balik kepada Barisan Nasional?  Apa yang dilaporkan sokongan orang Melayu dan India bertambah, tidak pula disebutkan sokongan orang Cina pula bagaimana?.

Dilaporkan dari kaji  selidik terbaru Merdeka Center mendapati kadar sokongan rakyat terhadap pentadbiran Najib meningkat 10 peratus kepada 69 peratus selepas berjaya memulihkan prestasi ekonomi negara dan pelaksanaan pemberian wang bantuan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).  Mungkin ini yang digunapakai oleh Ramlah Adam yang mencadangkan Najib adakan pilihan raya secepat mungkin.

Memang senang beri pendapat seperti penganalisis politik seperti Prof Datin Paduka Dr Ramlah Adam.  Apa susahnya  hanya modal gigi dan lidah sahaja. Apa yang ditanggung oleh Najib tak siapa yang tahu.  Apa yang diketahui Tun Mahathir juga telah menyuarakan supaya pilihan raya tidak diadakan dalam waktu terdekat.  Mahathir dapat membacanya, kalau sekarang diadakan pilihan raya.  Maut.  Hendak tak hendak kena dengan nasihat Tuan Penasihat.

Pada saya Pilihan Raya Umum Ke-13 InsyaAllah berkemungkinan  akan diadakan pada tahun hadapan.  Berilah peluang kepada Umno dan Barisan Nasional mengambil masa bertenang, menutup lobang-lobang yang bocor supaya bahtera yang belayar sekarang tidak lagi bocor dan penumpangnya tidak lemas bersama Nakhodanya.  Tunggu!



No comments:

Post a Comment