IKLAN

Saturday 3 March 2012

Datuk Razali Ibrahim Nak Tamadunkan Pembangkang



Datuk Razali Ibrahim

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim menyatakan bahawa “masanya  telah tiba ahli-ahli parti pembangkang Negara ini lebih matang dalam pemikiran dan bertamadun termasuk menerima fakta bahawa kerjaan telah berjaya melakukan program untuk rakyat”.  

Dengan kata lain bermaksud ikutlah sebagaimana  parti UMNO yang  matang bertamadun.   Apa sudah jadi dengan kematangan ahli-ahli  samseng UMNO yang melakukan provokasi terhadap parti  Pakatan Rakyat?  

Apakah program yang  sudah berjaya  dilakukan untuk rakyat?.  Kalau pemberian BR1M RM100, RM200 dan RM500 itu dikatakan berjaya, “Lu fikirlah sendiri”.   Turun padang, baru nampak kesusahan rakyat, kalau duduk di kerusi empuk hanya sedap bercakap saja.

Datuk Razali menyatakan “ menuduh orang lain adalah jalan mudah bagi pembangkang untuk menutup kelemahan sendiri bagi  mengalihkan    perhatian masyarakat daripada isu sebenar atau masalah besar yang dihadapi oleh pembangkang”.

Selama ini siapakah yang mudah menuduh  termasuk memfitnah parti pembangkang. Bukankah parti UMNO?.  Pakatan Rakyat tidak menuduh sembarangan tetapi adalah dengan fakta.  Pembangkang bersuara mahukan penjelasan daripada kerajaan  berhubung dengan beberapa isu seperti  NFC  sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara.  Bukan tuduhan atau fitnah.

Selalunya jika sesaorang itu meludah ke langit, air ludahnya tidak akan ke langit atau menyapu awan, tetapi  sebanyak mana yang diludahkan, sebanyak itu jugalah yang akan jatuh melekap ke muka sendiri. Betul?


 
 
Di Kuala Lumpr Datuk Razali meminta parti pembangkang supaya bertamadun dalam berpolitik.  Sementara itu pada masa yang sama di Baling, Kedah Dato' Seri  Najib telah mencaci dan menghina part-parti dalam Pakatan Rakyat.  PAS telah digelar sebagai Parti Asyik Serabut.  PKR digelar sebagai Parti Kalut dan Ribut.  DAP pula dipanggil sebagai Depa Ambil Peluang.


Inikah yang dimaksudkan oleh Datuk Razali sebagai bertamadun?. Sepatutnya Datuk Razali bisik-bisiklah pada Najib supaya parti UMNO berubah jadi parti bertamadun tidak memfitnah, adu domba, rasuah, nepotisma, salahguna kuasa, samseng dan ... dan banyak lagi.  Berubahlah, sebab rakyat sedang menunggu untuk mengubahkannya. Amin.

No comments:

Post a Comment