IKLAN

Thursday 29 March 2012

Lembu NFC Dan Metador Part II (The Movie)

Ping Blog
NFC Part I telah kita ikuti iaitu bermula daripada Laporan Ketua Audit Negara, kemudian pendedahan demi pendedahan oleh Pengarah Strategik parti Keadilan (PKR), Rafizi Ramli. National Feedlot Corporation yang dimiliki oleh  Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail (suami kepada Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil) dan anak-anaknya telah mendapat pinjaman mudah RM250 juta dari kerajaan Barisan Nasional. Kebanyakan wang yang digunakan bukan kepada perniagaan lembu tetapi digunakan untuk tanaman modal (investment) iaitu membeli:

.  Dua unit kondominiam One Menerong Bangsar RM13.800,000
.  Sebuah Mercedes Benz CLS 350 CGI  RM534,622,
.  Dua plot tanah di Presint 10, Putrajaya RM3.363,507,
.  Satu unit kondominiam Orchard Scotts  (Singapura) RM9.900,000,
.  Dua unit kondominiam Marina Bay Suites (Singapura) RM34.562,784.

Pihak polis telah menyiasat kes tersebut dan berlaku kesalahan pecah amanah.  Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail kemudian telah dituduh di atas dua pertuduhan pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan manakala dua lagi adalah mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat.

Dua pertuduhan pertama tersebut  adalah atas kesalahan menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di kompleks One Menerung, di Bangsar, pada 2 dan 4 Disember, 2009.

Kesalahan berikutnya pula membabitkan pemindahan RM40 juta dana NFC kepada National Meat ands Livestock Corporation, dari 5 Mei hingga 16 Nov, 2009.

Belum pun reda  isu NFC, kini timbul pula kenyataan Menteri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bahawa kerajaan akan membuka tender projek NFC bagi memastikannya beroperasi seperti dirancangkan.  Cadangan memanggil syarikat-syarikat yang berminat diumumkan oleh PM Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diarah menentukan projek tersebut diteruskan.

Dengan erti kata lain nama NFC tidak akan digunakan lagi kerana pengurusannya adalah berlainan.

Apa tujuan sebenar dikeluarkan tender tersebut.  Semasa permulaan  isu NFC ini hebuh, Nor Omar mempertahankan NFC bahawa ia bukan direct nego tetapi melalui tender yang disertai sama oleh 6 buah syarikat. Apabila baru-baru ini Najib mengarahkan tender dibuat, jelas sudah NFC yang mendapat pinjaman RM250 juta bukan daripada berjaya mendapat projek tersebut melalui tender. Ini yang selalu saya katakan pemimpin UMNO kalau bercakap flip-flop.


Projek NFC yang baru yang hendak diteruskan boleh diumpamakan seperti Lembu (NFC) dengan Metador.  Projek tersebut bukan nak pelihara lembu tetapi nak matikan lembu.  Nampaknya ada lagi manusia yang untung yang bernama kroni yang tidak perlu pengalaman bergaul dengan lembu-lembu akan diberi modal lagi meneruskan projek lembu tersebut.  

Apabila mendapat pinjaman mereka akan memulakan perniagaan dengan membeli Mercedes, kondo mewah, supermarket, melancung, adakan gaji lumayan untuk pengarah-pengarah dan berbelanja sakan menggunakan kad kredit.  

Kita lihat apakah akan jadi kepada NFC (lembu)  baru dan metador baru yang akan masuk gelanggang dan juga pawagam atas tajuk Lembu NFC Dan Metador Part II (The Movie).  Pi mai pi mai tang tu jugak.

No comments:

Post a Comment