IKLAN

Saturday 10 March 2012

Ibrahim Ali Suruh Tuan Guru Nik Aziz Berundur


hostgator coupon page
GUA MUSANG:  Telah beberapa kali  Datuk Ibrahim Ali meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur sebagai Menteri Besar Kelantan.   Pada tahun 2009 selepas  mengistiharkan sebagai wakil rakyat Bebas  dan  pada 2011 sekali lagi beliau berbuat demikian.  Menurut Ibrahim, Tuan Guru  Nik Aziz tidak layak menerajui Kerajaan Negeri Kelantan dan juga tidak wajar bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Ibrahim Ali menegaskan banyak sebab menteri besar itu patut berundur antaranya faktor umur dan kelemahan mentadbir sepanjang 20 tahun memerintah negeri  Kelantan.

Ibrahim Ali masih lagi berada dalam tempurung kelapa  dunianya sendiri.  Kalau dia berada dalam tempurung kaca mungkin beliau tidak akan bercakap banyak.  Siapakah menyangka anjing yang tersepit secara jujurnya diberi pertolongan oleh Nik Aziz tetapi bila terlepas, digiginya tangan Nik Aziz.

Banyak perkara  yang ditimbulkan oleh Ibrahim Ali terhadap Nik Aziz.  Beliau menyatakan rakyat Kelantan berdepan dengan banyak masalah.  Ini tidak betul.  Adakah pemimpin-pemimpin UMNO sanjugan Ibrahim Ali yang memerintah di negeri-negeri lain tidak menghadapi masalah?.

Lebih teruk lagi kenyataan  Ibrahim Ali menyifatkan Nik Aziz yang memegang jawatan Menteri Besar adalah sebagai pemerhati sahaja tidak mampu melakukan pembaharuan yang menyebabkan rakyat Kelantan mundur dan tiada peluang pekerjaan.  Ibrahim sebenarnya tidak melihat dengan mata hati.  Kelantan yang dikatakan negeri paling miskin oleh PM Najib  tetapi rakyatnya dapat menerima kepimpinan NIK Aziz.  Sebab itu sejak  tahun 1990 rakyat Kelantan sentiasa bersama Pas di bawah Nik Aziz.  

Kata Ibrahim disebabkan negeri Kelantan miskin maka kerajaan pusat menghulurkan pelbagai bantuan kepada Kelantan.  Ibrahim Ali sebagai orang politik yang berpegalaman harus faham,  Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab terhadap semua kerajaan-kerajaan negeri berhubung dengan peruntukan kewangan.  Ini termaktub dalam perlembagaan.  Cuma kerajaan pusat yang zalim dan berdendam dengan negeri-negeri  ditadbir oleh Pakatan. Cuba berikan  hak royalty kepada kerajaan Kelantan dan bukan wang ikhsan, kemungkinan Kelantan akan jadi Bandar kedua terbesar  di Malaysia.

Kata-kata dan tujuan  Ibrahim Ali meminta Nik Aziz berundur tersebut difahami orang.  Sebagiannya adalah untuk faedah dirinya dan sebagian lagi sebagai  kempen propaganda untuk Umno.  Memburuk-burukkan Nik Aziz tidak akan memberi  kesan kepada Karajaan Kelantan.

Ikut rekod pada pilihan raya umum tahun 2004, beliau tewas di kerusi Pasir Mas.  Beliau mendapat 6,198 undi. Kerusi tersebut  dimenangi oleh calon Pas iaitu Ismail Noh dengan 17,526 undi dan Calon BN, Abd Rahim Abd Rahman mendapat 16,275 undi

Pada pilihan raya umum 2008 atas ikhsan Nik Aziz, Ibrahim telah dibenarkan menggunakan lambang Pas.  Ibrahim Ali  menang  dengan menerima 28,673, manakala calon BN, Ahmad Rosdi Mahmud 19,682.

Ibrahim Ali  seharusnya menjaga  rumah tangganya.  Soal  Nik Aziz berundur atau  tidak  bukan ditangan  Ibrahim Ali tetapi keputusan pucuk pimpinan Pas. Tak payahlah mendesak Nik Aziz.   Mungkin kalau Nik Aziz dalam Perkasa bolehlah Ibrahim mendesak Nik Aziz.  Satu cara untuk Ibrahim perlu buat sekarang ialah daripada menjaga tepi kain orang lebih baik mendampingi dan tonjolkan diri dengan  orang-orang di Pasir Mas.  Mungkin dapat kemaafan  kerana dosa-dosanya menipu orang Pasir Mas.

Ibrahim Ali sudah dapat membaca dan mencongak sifir politiknya.  Berdasarkan kepada perbuatan beliau mengkhianati  Nik Aziz dan Pas, rakyat  Pasir Mas yang mengidap gatal-gatal tangan sekarang tidak sabar-sabar  untuk menunggu pilihan raya umum ke-13.  Kalau beliau tidak bertanding di kawasannya dan memilih untuk mencari talian hayat ke tempat yang selamat, Insya Allah  orang tetap mengenali Ibrahim Ali sebagai seorang yang  tidak dikehendaki. Tunggu!.


No comments:

Post a Comment